Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Emmy tidak akan guna pengacara sama seperti Oscar

-

PENERBIT Anugerah Emmy pada bulan depan telah memutuskan untuk tidak menggunaka­n pengacara supaya acara tersebut dapat memberikan lebih banyak masa untuk meraikan siri popular yang sudah tamat baru-baru ini, kata seorang eksekutif bersama Fox, rangkaian yang akan menyiarkan program tersebut.

Beberapa siri TV yang popular dan pernah memenangi anugerah berakhir pada tahun ini, termasuk ‘Game of Thrones’, ‘The Big Bang Theory’ dan ‘Veep’.

Anugerah Emmy yang memberi penghormat­an kepada program televisyen terbaik akan disiarkan pada 22 September.

Majlis anugerah Hollywood biasanya memaparkan pengacara selebriti yang membuka acara dengan monolog dan kemudian menggerakk­an program.

Penerbit Emmy pada tahun ini memutuskan untuk tidak menggunaka­n pengacara dan menggunaka­n masa yang terluang untuk memberi penghormat­an kepada siri yang sudah tamat, kata Charlie Collier selaku ketua eksekutif Fox Entertainm­ent milik Fox Corp.

“Jika kita ada pengacara dan persembaha­n pembukaan, itu adalah masa sebanyak 15 atau 20 minit yang kita tidak dapat gunakan untuk memberi penghormat­an kepada siri-siri berkenaan,” kata Collier kepada pemberita di satu acara Television Critics Associatio­n.

“Kita tidak akan menggunaka­n pengacara pada tahun ini, dan saya rasa ia akan memberikan kita masa yang lebih untuk memberi penghormat­an kepada siri-siri tersebut.”

“Hiburan ada,” tambah Collier. “Persembaha­n pembukaan ada. Kejutan juga ada.”

Majlis pada Februari bagi Anugerah Oscar, penghormat­an tertinggi dalam industri filem, tidak ada pengacara buat kali kedua dalam sejarahnya.

Pelawak Kevin Hart menarik diri daripada menjadi pengacara selepas tweet homofobik pada masa lalu muncul semula.

Majlis Anugerah Oscar menerima pujian dan audiens televisyen AS melonjak sebanyak 12 peratus berbanding pada tahun sebelum itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia