Utusan Borneo (Sarawak)

87 pelajar ikuti program dua hari di UiTM Mukah

-

MUKAH: Seramai 87 pelajar dari 25 sekolah rendah dan menengah di daerah Mukah telah mengikuti program ‘Think Green, Build Green Camp’ yang dilaksanak­an di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Mukah selama dua hari.

Program pada 7 dan 8 Ogos itu mempunyai pengisian pelbagai program bertujuan merealisas­i ke arah penerapan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan generasi muda pada masa kini khususnya pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program juga dirangka untuk memberi integrasi pengetahua­n, kemahiran dan nilai murni serta menyediaka­n murid dan guru dengan suasana dan budaya pengajaran dan pembelajar­an berteraska­n alam sekitar.

Program merupakan anjuran Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Mukah dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.

Menurut Penolong Kanan NREB Sarawak Rahmah Biak, sempena sambutan ulang tahun ke-25 NREB, pihaknya telah menyediaka­n geran khas kepada sekolah yang mempunyai Kelab PALS untuk manjalanka­n program alam sekitar.

Untuk 2019, sebanyak 29 sekolah di seluruh Sarawak telah menerima geran berkenaan.

“Ini untuk melaksana pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar, sama ada dalam bentuk kempen, hari atau minggu alam sekitar, pertanding­an, reka cipta, mural, ‘trash challenge’, kompos, taman herba, sudut alam sekitar dan sebagainya,” katanya.

Salah satu daripada isu paling membimbang­kan adalah pencemaran plastik dan geran akan diberikan kepada sekolah yang mengadakan aktiviti atau projek berkaitan kebersihan dan isu pencemaran plastik sahaja.

Turut hadir Guru Besar SK Agama MIS Mukah Mohd Nazri Mohtar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah Clement Liam dan Pengurus Cawangan Agrobank Mukah Mardziah Noor Dadu. SIBU: Pelajar jurusan kejurutera­an awam Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) mengadakan ‘Survey Camp 2019,’ baru-baru ini.

Program selama lima hari itu bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai kerja-kerja ukur tanah sebenar dalam industri.

Pelajar diberi tapak dengan topografi yang unik di Taman Negara Samalaju Bintulu bagi melakukan kerja-kerja seperti mengukur dan sebagainya.

“Pelajar diajar untuk membuat perancanga­n dan melaksanak­an projek, mengendali­kan peralatan untuk mengukur, menyelaras ahli pasukan dan bekerja sebagai satu pasukan.

“Mereka juga mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku, mencari penyelesai­an kepada masalah serta membentang­kan projek masing-masing,” ujar UCTS dalam satu kenyataan.

Sepanjang program, pelajar terpaksa menghadapi pelbagai halangan seperti pokok, bangunan dan semak semasa melakukan kerja lapangan.

“Namun kesemua pasukan berjaya menyiapkan tugasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan berikutan kerja berpasukan.

“Program ini memberi pengalaman yang berharga kepada pelajar terutama bagi menggunaka­n kesemua peralatan bagi kerja-kerja mengukur,” jelasnya.

 ??  ?? KERJA LAPANGAN: Pelajar jurusan kejurutera­an awam UCTS yang mengikuti ‘Survey Camp 2019.’
KERJA LAPANGAN: Pelajar jurusan kejurutera­an awam UCTS yang mengikuti ‘Survey Camp 2019.’
 ??  ?? SIMBOLIK: Rahmah (tengah) memotong pulut kuning sebagai tanda ulang tahun ke-25 NREB sambil disaksikan tetamu lain.
SIMBOLIK: Rahmah (tengah) memotong pulut kuning sebagai tanda ulang tahun ke-25 NREB sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia