Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks Muzium mercu tanda baharu

Mercu tanda baharu Sarawak bakal jadi muzium terbesar di Malaysia, kedua terbesar di Asia Tenggara bila dibuka 2020

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kompleks Muzium Sarawak yang baharu bakal menjadi muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara sebaik dibuka kepada pelawat pada 2020.

Kompleks bernilai RM323 juta itu telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Muzium Sarawak semalam.

Majlis penyerahan bangunan kompleks muzium tersebut daripada PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd disaksikan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam ucapannya, Abdul Karim berkata kompleks muzium itu akan menjadi mercu tanda baharu untuk Sarawak dan tempat wajib dikunjungi para pelawat dari dalam dan luar negeri.

Dengan keluasan hampir 6,726 meter persegi katanya, muzium itu juga layak untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

“Muzium ini akan menjadi lambang kebanggaan masyarakat di Sarawak dan saya yakin muzium ini bakal menyediaka­n pelbagai kemudahan yang terbaik mengikut piawaian antarabang­sa kepada para pelawat.

“Harapan saya, apabila ia dibuka pada tahun 2020 nanti, ia akan dikenali di serata dunia sebagai sebuah muzium yang menyimpan pelbagai khazanah masyarakat di Sarawak yang menarik, unik dan asli,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bangunan Kompleks Muzium Sarawak di Auditorium Kompleks Muzium Sarawak di sini semalam.

Bercakap mengenai kompleks itu, Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Suria Bujang ber

Harapan saya, apabila ia dibuka pada tahun 2020 nanti, ia akan dikenali di serata dunia sebagai sebuah muzium yang menyimpan pelbagai khazanah masyarakat di Sarawak yang menarik, unik dan asli. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

kata, Kompleks Muzium Sarawak dan Projek Heritage Trail merupakan antara projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibahagika­n kepada dua peringkat.

Peringkat pertama merupakan pembinaan dua bangunan baharu iaitu Muzium Sarawak untuk Pameran Tetap dan bangunan Annex untuk ruang penyimpana­n artifak dan koleksi, makmal konservasi dan pejabat kakitangan Jabatan Muzium Sarawak, manakala peringkat kedua melibatkan penambahba­ikan bangunan Muzium Sarawak yang lama.

Pengisian pameran tetap akan bermula selepas penyerahan bangunan semalam dan dijangka mengambil masa setahun sebelum boleh dibuka kepada pelawat sepenuhnya pada 2020 dengan kadar yuran tertentu akan dikenakan kepada pelawat.

Tingkat dua bangunan ini menempatka­n Galeri KanakKanak serta Galeri Seni dan Kraf, manakala Galeri 3, 4 dan 5 akan menempatka­n Pameran Tetap dengan tematema yang berbeza.

“Bangunan baharu ini memainkan peranan penting sebagai ruangan penyimpana­n artifak-artifak atau koleksi-koleksi muzium, selain makmal khas yang dibina bagi tujuan pemulihara­an koleksi-koleksi berkenaan.

“Selain itu, bangunan baharu ini dapat dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat berhubung atau berinterak­si dalam perkongsia­n maklumat serta bertukar-tukar pandangan mengenai budaya dan warisan masyarakat di Malaysia amnya di Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Beliau dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CMS Goh Chii Bing serta Timbalan Pengarah JKR Sarawak (Sektor Bangunan) Stanley Chai.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERPEGUN: Abdul Karim (depan) serta yang lain melawat bangunan Kompleks Muzium Sarawak selepas majlis penyerahan kunci bangunan semalam.
— Gambar Chimon Upon TERPEGUN: Abdul Karim (depan) serta yang lain melawat bangunan Kompleks Muzium Sarawak selepas majlis penyerahan kunci bangunan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia