Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ SIBU SITA EMPAT KENDERAAN KLON

-

SIBU: Jabatan

Pengangkut­an

Jalan (JPJ) Sibu berjaya menyita tiga kenderaan klon di bandar ini melalui operasi-operasi harian dan operasi khas kenderaan klon.

Namun demikian, hanya satu yang benar-benar sah dengan nombor casis serta cukai jalan sama dengan rekod yang disimpan oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Kereta klon biasanya merujuk kepada dua kereta model yang sama menggunaka­n nombor pendaftara­n yang sama.

Ketua Pejabatnya Mohd Faizal David Jemat berkata, kenderaan terbabit yang terdiri daripada dua jenama disita awal bulan ini.

Menurutnya, semakan rekod dalam sistem JPJ mendapati kenderaan tersebut yang kebanyakan­nya menggunaka­n plat nombor kenderaan lain iaitu nombor pendaftara­n Semenanjun­g, tidak pernah didaftarka­n.

“Kita telah menjalanka­n temu siasat ke atas pemilik-pemilik kenderaan itu dan mereka mengaku membeli dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kes salah sebuah kenderaan telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan denda, manakala empat lagi pemilik akan dihadapkan ke mahkamah apabila siasatan lanjut selesai dan mendapat kebenaran daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, kes-kes itu akan didakwa di bawah Seksyen 7 (menggunaka­n kenderaan tidak didaftar), Seksyen 108 (mempamerka­n nombor pendaftara­n kenderaan lain dan lesen kenderaan motor kenderaan lain) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Bagi kes kesalahan di bawah Seksyen 7 APJ 1987 denda maksimum jika sabit kesalahan ialah RM10,000, manakala Seksyen 108 akta sama pula membawa denda maksimum RM20,000 dan JPJ akan memohon kepada mahkamah kenderaan tersebut dilucut hak.

“Kita akan terus berusaha untuk mengesan kenderaan-kenderaan klon di bandar ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung­i kita di JPJ Sibu supaya tindakan lanjut boleh diambil,” tegasnya.

 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia