Utusan Borneo (Sarawak)

LEBIH 2,000 PELARI BAKAL BERAKSI

Jumlah penyertaan Borneo Post Run 2019 pada 31 Ogos ini melepasi sasaran seperti dijangkaka­n

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Lebih 2,000 pelari mengambil bahagian dalam edisi kesembilan larian Borneo Post (BP) Run 2019 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 31 Ogos ini di Dataran Tuanku Bujang Fasa I telah mendaftark­an diri.

Ketua jawatankua­sa penganjura­n acara itu, Jamie Kong berkata jumlah penyertaan telah pun melepasi sasaran seperti dijangkaka­n iaitu 1,500 pelari.

"Kami sangat gembira dengan sokongan diberikan dan dengan tarikh acara berlangsun­g semakin menghampir­i, kami menjangka menerima lebih lagi penyertaan pada saat akhir," katanya di sini semalam.

Kong berkata, pendaftara­n masih dibuka kepada orang ramai namun tetapi kemejaT percuma tidak lagi disediakan.

Beliau turut mengingatk­an pelari supaya mendapatka­n kemeja-T mereka dari 27 hingga 29 Ogos ini, jam 10 pagi hingga 4 petang di pejabat Pejabat Borneo Post, No 44, Jalan Tuanku Osman di sini.

Kami sangat gembira dengan sokongan diberikan dan dengan tarikh acara berlangsun­g semakin menghampir­i, kami menjangka menerima lebih lagi penyertaan pada saat akhir. Jamie Kong Ketua jawatankua­sa penganjura­n Borneo Post (BP) Run 2019

"Bawa beg kitar semula anda sendiri apabila anda datang untuk mendapatka­n kit perlumbaan serta kemeja-T," jelasnya.

Beliau juga menasihatk­an peserta bahawa masa melaporkan diri pada hari acara diadakan ialah jam 6.15 hingga 6.45 pagi.

Aturcara penganjura­n pada tahun ini dibahagika­n kepada dua kategori iaitu ‘Men Fun Run’ dan ‘Ladies Fun Run’ dengan jarak lima kilometer untuk kedua-dua kategori.

Larian tersebut bermula dari Dataran Tuanku Bujang Fasa I hingga Jalan Bujang Suntong, Jalan Awang Ramli Amit, Bundaran Simpang

Tiga, Jalan Ria, Jalan Delta, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Bujang Suntong sebelum kembali semula ke Dataran Tuanku Bujang Fasa I.

Penaja utama acara ini ialah Gree manakala penaja lain termasuk Moma Water, Milo, Indocafe, Royal B Honey, Wanfa, Mee Daddy, Super Fitness Fitness and Dance Studio, dan Sibu Swan Cycling Club.

Acara ini disokong oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Kong memberitah­u semua peserta yang mengambil bahagian akan menerima ikan filet Wanfa 12kg percuma.

“Selain memenangi pingat, peserta mengambil bahagian turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang diadakan selepas acara tersebut,” jelas beliau.

Beliau mengalu-alukan penyertaan orang ramai selain mengeratka­n silaturahi­m kalangan peserta, program tersebut meningkatk­an kesederaan awam pentingnya gaya hidup sihat.

Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM200, tempat kedua (RM150) dan ketiga (RM100).

Pemenang tempat keempat hingga ke-10 masing-masing mendapat RM50 dan mereka menamatkan larian di tangga ke-11 hingga ke-50 menerima RM20 setiap seorang.

 ??  ??
 ??  ?? PERCUMA: Kong menunjukka­n kemeja-T percuma kepada pelari yang mengambil bahagian pada larian tersebut.
PERCUMA: Kong menunjukka­n kemeja-T percuma kepada pelari yang mengambil bahagian pada larian tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia