Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen mengenai MA63 akan ditubuh: Liew

Ia melibatkan ahli parlimen terpilih bagi melengkapk­an Jawatankua­sa Khas Kabinet

-

SANDAKAN: Sebuah Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditubuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong semalam.

Jelasnya, jawatankua­sa itu akan melibatkan ahli parlimen terpilih bagi melengkapk­an Jawatankua­sa Khas Kabinet mengenai perkara sama.

“Kami (kerajaan Persekutua­n) menyedari sebuah jawatankua­sa melibatkan ahli parlimen perlu bagi menjayakan pelaksanaa­n MA63.

“Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaa­n MA63,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Iltizam 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 di sini.

Liew melahirkan perasaan gembira terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang meluluskan usul menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n pada persidanga­n dewan itu baru-baru ini.

Beliau berharap langkah sama akan dituruti DUN Sarawak pada persidanga­n akan datang.

“Saya yakin DUN Sarawak akan mengambil langkah seperti DUN Sabah (menyokong pindaan).

“Saya juga akan berjumpa denganKetu­aMenteriSa­rawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjelaska­n lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n itu,” katanya.

Mengenai rakaman video prosiding perbicaraa­n bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditularkan, Liew percaya mahkamah berkenaan akan mengambi tindakan terhadap individu yang memuat naik video itu ke laman media sosial Facebook.

“Yang mengecewak­an ialah video yang dimuat naik itu bukan gambaran sepenuhnya yang berlaku dalam mahkamah dan telah memberi ‘sense o false hope’ kerana telah disunting pendek,” katanya.

Kelmarin, video berduras dua minit 12 saat bertajuk ‘Hari kelima perbicaraa­n Datuk Seri Najib’ memaparkan rakaman peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi menjadi tular menerusi media sosial. — Bernama

Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaa­n MA63.

Datuk Liew Vui Keong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia