Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat pelupusan sampah Kemuyang urus 150 tan sampah sehari: Rogayah

-

SIBU: Pusat pelupusan sampah Kemuyang menguruska­n lebih kurang 150 tan sampah setiap hari dan jumlah tersebut dijangka meningkat antara lima hingga 10 peratus dengan penutupan pusat pelupusan sampah di Jalan Seng Ling.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain berkata, pusat pelupusan Kemuyang masih mampu menampung jumlah sampah yang dibuang meskipun dengan penutupan itu.

“Namun kita perlu melakukan penambahba­ikan di pusat pelupusan sampah ini bagi tujuan jangka masa panjang.

“Pusat pelupusan sampah Kemuyang menguruska­n 150 tan sampah setiap hari dan jumlah ini dijangka meningkat dengan penutupan pusat pelupusan di Jalan Seng Ling,” ujarnya.

Pusat pelupusan di Jalan Seng Ling ditutup pada 12 April tahun ini setelah beroperasi lebih kurang 18 tahun.

Menurut Rogayah, jumlah sampah yang dihantar ke Kemuyang juga meningkat antara 10 hingg 20 peratus ketika musim buah-buahan.

Pada masa sama katannya barangan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar lama, majalah dan botol plastik dilihat masih dibawa ke pusat pelupusan ini untuk dilupuskan.

“Oleh itu, MPS akan terus mendidik orang rama menerusi program Loca Agenda 21 (LA21) terutama program 5R,” katanya.

Beliau juga menggalakk­an orang ramai agar mengamalka­n kitar semula di rumah bagi mengurangk­an jumlah sampah yang dibuang.

Menyentuh mengenai mesin kompos di Pasar Sentra Sibu, Rogayah berkata, mesih terbabit telah dialihkan kerana masalah pencemaran bau.

“Mesin ini membantu mengurangk­an kira-kira 100 hingga 150 kilogram sisa makanan dari Pasar Sentra Sibu,” jelasnya.

 ??  ?? ROGAYAH
ROGAYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia