Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen tolak penyedut minuman plastik cabaran baharu buat MPS

-

SIBU: Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Penyedut Minuman Plastik’ yang akan bermula pada 1 Januari 2020, akan menjadi satu lagi cabaran baharu buat Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), kata Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King.

Menurut Tiong, pelaksanaa­n kempen tersebut akan mengambil masa untuk memberi kesan, kerana kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga perlu diberi pendidikan mengenai kempen ini terlebih dahulu, sebelum ianya dilaksanak­an.

Jelasnya, kempen berkenaan bertujuan untuk menghapusk­an penggunaan penyedut minuman plastik di semua gerai makanan dan minuman dalam kawasan MPS.

“Kejayaan kempen ‘Katakan Tidak Pada Beg Plastik’ sebelum ini, menjadi pemangkin kepada kita untuk menjalanka­n kempen ini.

“Oleh itu, orang awam perlu menyedari akan rasional kita mengambil tindakan ini, walaupun ia suatu progres yang agak lambat tetapi akan memberi implikasi positif kepada alam sekitar, seterusnya membawa kepada masa depan yang lebih baik untuk generasi mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Hari Cinta Bumi 2019 yang bertemakan ‘Protect Our Species’ di lobi Wisma Sanyan di sini, semalam.

Justeru, Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong menyeru semua penduduk Sibu supaya mematuhi peraturan emas ini, agar suasana alam sekitar yang bersih dapat dicapai pada suatu masa nanti.

“Marilah kita bekerjasam­a untuk menjadikan Sibu sebagai sebuah tempat yang selesa dan terbaik untuk didiami,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an orang ramai yang hadir pada majlis itu mengenai bahayanya penyedut minuman plastik kepada alam sekitar terutama hidupan marin yang paling terkesan.

Dalam satu kajian yang disiarkan pada Januari lalu, Tiong mendedahka­n bahawa kira-kita 8.3 bilion penyedut minuman plastik telah mencemari pantai-pantai di seluruh dunia.

“Di Malaysia sahaja, kajian menunjukka­n bahawa kita menggunaka­n lebih 30 juta batang penyedut minuman plastik sehari.

“Lebih membimbang­kan, penyedut minuman plastik ini hanya boleh terurai selepas lebih 200 tahun, dan ini suatu tempoh masa yang sangat panjang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya bumi ini boleh diselamatk­an daripada pencemaran sekiranya setiap orang mengamalka­n atau mengadapta­si budaya katakan tidak kepada beg plastik dan penyedut minuman plastik dalam kehidupan seharian mereka.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain, pengerusi penganjur Hari Cinta Bumi Kaunselor Lai Chiong Ann dan yang lain.

 ??  ?? GEMBLENG USAHA: Tiong (empat kiri) dan yang lain merakam gambar kenangan bersama tema Hari Cinta Bumi, selepas majlis pelancaran­nya di lobi Wisma Sanyan, semalam.
GEMBLENG USAHA: Tiong (empat kiri) dan yang lain merakam gambar kenangan bersama tema Hari Cinta Bumi, selepas majlis pelancaran­nya di lobi Wisma Sanyan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia