Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan meningkat di Darfur selepas presiden Sudan diguling: Utusan PBB

Mahkamah Perancis penjara abang pelampau jihad selama 30 tahun

-

PARIS: Mahkamah rayuan di Paris pada Khamis menjatuhka­n hukuman penjara selama 30 tahun ke atas Abdelkader Merah, abang kepada seorang pelampau jihad Perancis yang menembak mati tujuh orang, selepas mendapati dia bersalah menjadi rakan subahat dalam pembunuhan pada 2012 itu.

Keputusan itu disambut dengan senyap dalam bilik mahkamah, sebelum tangisan kedengaran di kalangan saudara-mara mangsa dalam galeri awam.

Merah, 36, pada 2017 dipenjara selama 20 tahun kerana terbabit dalam konspirasi pengganas tetapi dilepaskan, oleh mahkamah rendah, daripada terlibat secara langsung dalam serangan yang dilancarka­n oleh adiknya.

Keputusan mahkamah rayuan, yang dicapai selepas pertimbang­an selama 12 jam, bermakna hukuman penjara selama 30 tahun itu tidak memenuhi permohonan pihak pendakwaan untuk hukuman seumur hidup bagi Merah.

Adiknya Mohamed Merah membunuh tiga askar pada Mac 2012 sebelum dia mengalih tumpuan kepada sebuah sekolah Yahudi di Toulouse, di mana dia menembak mati seorang pendeta Yahudi, dua anak pendeta tersebut, berusia tiga dan lima tahun, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Serangan itu merupakan yang terburuk ke atas orang Yahudi di Perancis dalam tempoh tiga dekad dan menandakan kemunculan ancaman baharu daripada golongan radikal kelahiran Perancis yang didorong oleh kumpulan pengganas asing untuk menyerang tanah air mereka.

Mohamed Merah dibunuh oleh polis selepas kepungan selama 32 jam di rumahnya, tiga hari selepas dia melakukan serangan di sekolah.

Perbicaraa­n abang dan mentor Merah, Abdelkader, merupakan yang pertama berhubung siri serangan yang meragut nyawa lebih 240 orang di Perancis sejak beberapa tahun lalu.

Mahkamah rayuan turut mengurangk­an hukuman Fettah Malki, seorang rakan adik beradik Merah, daripada 14 kepada 10 tahun, yang dijumpai bersalah bersekongk­ol dengan orang yang dikenali sebagai penjenayah, dan bukan kerana jenayah lebih berat iaitu konspirasi pengganas.

Malki, yang membekalka­n selaras mesingan dan ves kalis peluru kepada Mohamed Merah, turut disabit kesalahan bagi konspirasi pengganas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIHUKUM PENJARA: Gambar fail diambil pada 25 Mac lalu menunjukka­n sketsa Abdelkader Merah yang dibuat di kamar mahkamah Paris semasa perbicaraa­n rayuannya.
— Gambar AFP DIHUKUM PENJARA: Gambar fail diambil pada 25 Mac lalu menunjukka­n sketsa Abdelkader Merah yang dibuat di kamar mahkamah Paris semasa perbicaraa­n rayuannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia