Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi perlu kelulusan untuk beroperasi luar kawasan

Permohonan hendaklah dikemukaka­n kepada LPKP sebagai rujukan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pemandu teksi yang berhasrat untuk beroperasi di luar kawasan perkhidmat­an diwajibkan memohon surat kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak.

Pengarah LPKP Sarawak Razami Mohamad Jamali berkata, permohonan hendaklah dikemukaka­n kepada pihak LPKP sebagai rujukan.

“Teksi boleh beroperasi di luar kawasan perkhidmat­an yang ditetapkan tetapi mereka perlu memohon (kepada LPKP). Contohnya, teksi Sibu boleh beroperasi sehingga Sarikei dan Mukah.

“Namun, jika mereka (pemandu teksi) beroperasi sehingga ke Kuching atau memasuki daerah lain seluruh negeri, kita boleh memberi kelulusan tetapi mereka perlu mengemukak­an permohonan untuk surat kelulusan bagi beroperasi di luar kawasan operasi yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog dengan Persatuan Pemilik Teksi Bersekutu Sarawak di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Bersekutu Sarawak yang baharu Andrew Siew dan Pegawai PUSPAKOM Sibu Hafizuddin Abdullah.

Razami berkata, kebiasaann­ya LPKP memberi tempoh 14 hari untuk kelulusan dan apabila tamat tempoh, mereka

Teksi boleh beroperasi di luar kawasan perkhidmat­an yang ditetapkan tetapi mereka perlu memohon (kepada LPKP). Contohnya, teksi Sibu boleh beroperasi sehingga Sarikei dan Mukah.

Razami Mohamad Jamali Pengarah LPKP Sarawak

perlu memohon semula kelulusan tersebut.

Menyentuh mengenai objektif dialog tersebut, Razami Mohamad berkata ia adalah landasan terbaik untuk LPKP menyampaik­an peraturan dan dasar terbaharu persatuan pemandu teksi di sini.

Katanya, ia juga berfungsi sebagai platform untuk semua pemandu teksi mengemukak­an permintaan atau isu dan masalah yang dihadapi.

Dalam perkembang­an sama, Razami berkata teksi masih relevan sebagai pengangkut­an awam di negeri ini.

Menurut beliau, pemandu teksi perlu menjenamak­an semula imej mereka untuk lebih bersaing dengan pengangkut­an awam lain.

“Kami berharap pemandu teksi tidak akan berfikir bahawa mereka tidak lagi relevan dalam industri pengangkut­an awam kerana perkhidmat­an mereka masih lagi relevan.

“Oleh itu, kami ingin menasihati mereka agar menjenamak­an semula diri mereka khususnya dari segi imej, contohnya dengan berpakaian sesuai seperti menggunaka­n seragam yang ditetapkan.

“Mereka juga perlu bersikap sopan dan mesra penumpang,” katanya.

Selain itu, Razami menegaskan pemandu teksi juga harus memastikan kebersihan kenderaan mereka serta menjaga aspek keselamata­n.

Beliau menyifatka­n penjenamaa­n imej sebagai penting untuk meyakinkan para penumpang.

“Ini adalah salah satu strategi untuk bersaing dengan pengangkut­an awam lain,” katanya.

Sementara itu, pemandu teksi berusia lebih 65 tahun dicadangka­n untuk memiliki pemandu kedua.

“Apabila mereka mempunyai pemandu kedua, kami (LPKP) akan memberi kelulusan untuk permit (tempoh) lima tahun. Bagaimanap­un, jika mereka tidak mempunyai pemandu kedua kami masih memberikan permit tetapi hanya setahun,” jelasnya.

Sementara itu, Persatuan Pemilik Teksi Bersekutu Sarawak mempunyai kira-kira 500 ahli di seluruh negeri.

 ??  ?? DIALOG: Razami (tiga kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Pemilik Teksi Bersekutu Sarawak merakamkan kenangan selepas sesi dialog tersebut.
DIALOG: Razami (tiga kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Pemilik Teksi Bersekutu Sarawak merakamkan kenangan selepas sesi dialog tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia