Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani segera isu kesihatan mental

Perlu ditangani segera kerana ia berkait dengan isu sosial lain membawa kepada pelbagai masalah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak memandang serius terhadap isu berkaitan kesihatan mental termasuk di kalangan gelandanga­n.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, isu berkenaan perlu ditangani segera kerana ia berkait langsung dengan isu sosial lain yang membawa kepada pelbagai masalah.

“Antaranya yang paling ketara adalah isu melibatkan gelandanga­n dan individu yang diabaikan keluarga atau masyarakat kerana kesihatan mental mereka yang memerlukan intervensi perubatan.

“Gelandanga­n menjadi satu isu sosial kerana keadaan hidup golongan ini mendedahka­n mereka kepada pelbagai gejala yang mendatangk­an kesan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi kepada masyarakat secara tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Bengkel Pengurusan Isu Kesihatan Mental di Sarawak yang dihadiri Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) Dr Ismail Drahman serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat di sini, semalam.

Tambah Fatimah, pada 2017 sebanyak 84 kes gelan-

“Antaranya yang paling ketara adalah isu melibatkan gelandanga­n dan individu yang diabaikan keluarga atau masyarakat kerana kesihatan mental mereka yang memerlukan intervensi perubatan. ”

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

dangan yang diselamatk­an di seluruh Sarawak berbanding 43 kes pada 2016.

Katanya daripada jumlah 84 kes gelandanga­n itu, punca mereka menjadi gelandanga­n adalah termasuk tidak diterima keluarga yang mencatatka­n tiga profil kes.

“Terdapat juga puncanya disebabkan masalah keluarga yang mencatat 16 kes semen- tara tiada tempat tinggal (tujuh), tiada maklumat (51) dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa cabaran yang perlu dileraikan bagi menangani isu gelandanga­n dengan lebih berkesan dan bersepadu.

Antara yang paling nyata adalah akses kepada institusi bagi menempatka­n gelandanga­n yang diselamatk­an sama ada secara sementara atau bagi jangka panjang, ujarnya.

“Anjung Singgah dan Desa Bina Diri perlu diperluask­an ke kawasan lain di Sarawak selain Kuching.

“Selain itu, sebagai satu langkah ke hadapan, Sarawak mesti mewujudkan Psychiatry Nursing Home bersepadu,” katanya.

Beliau memberitah­u, un- dang-undang yang berkaitan dengan masalah itu juga perlu relevan dan tidak bertentang­an antara satu sama lain.

Sebagai contoh katanya, seseorang yang mempunyai sejarah masalah kesihatan mental tidak layak memasuki pusat pemulihan Desa Bina Diri di bawah Akta Orang Papa, sedangkan sebaliknya orang tersebut tidak boleh ditahan di Hospital Sentosa apabila dia sudah stabil di bawah Akta Kesihatan Mental.

“Rawatan awal pemulihan daripada pakar psikiatri, doktor atau kaunselor di hospital perlu didapatkan sekiranya individu mengalami gangguan kesihatan mental.

“Ahli keluarga terutamany­a, perlu lebih prihatin, mengambil tahu dan memberi sokongan kepada individu yang mengalami simptom-simptom awal gangguan kesihatan mental dengan memastikan individu tersebut dirujuk ke fasiliti kesihatan bagi mendapatka­n penilaian dan rawatan lanjut,” tegasnya.

 ??  ??
 ??  ?? PENYERTAAN: Fatimah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Bahagian Kuching Iskandar Turkee (tengah) sambil disaksikan Dr Ismail (kiri), Saadiah (kanan) serta Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial Dr Intan Rahman Mohd Tazuddin (dua kiri).
PENYERTAAN: Fatimah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Bahagian Kuching Iskandar Turkee (tengah) sambil disaksikan Dr Ismail (kiri), Saadiah (kanan) serta Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial Dr Intan Rahman Mohd Tazuddin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia