Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Brazil arah tentera peringati kudeta Mac 1964

Memujinya sebagai hari mengembali­kan negara ke landasan yang betul

-

BRASILIA: Presiden sayap kanan Brazil Jair Bolsonaro pada Isnin mengarahka­n angkatan tentera mengadakan “peringatan yang sewajarnya” bagi kudeta tentera pada Mac 1964 – sambil menafikan ia adalah rampasan kuasa.

“Presiden kami telah mengarahka­n Kementeria­n Pertahanan untuk mengadakan peringatan yang sewajarnya berkaitan dengan 31 Mac,1964,” selepas 55 tahun berlalu, kata jurucakap Bolsonaro, Otavio Rego Barros di Planalto Palace di Brasilia.

Sambutan seharusnya berdasarka­n “apa yang dilihat oleh komander sebagai betul dalam garison masing-masing, dan dalam konteks yang ia harus dilakukan,” tambah jurucakap itu.

Bolsonaro, seorang bekas kapten tentera, berkata beliau mengagumi pemerintah­an diktator ketenteraa­n yang mengguling­kan Presiden Joao Goulart dan memerintah negara selama lebih dua dekad sehingga 1985.

Namun “presiden tidak menganggap apa yang berlaku pada 31 Mac, 1964 sebagai rampasan kuasa tentera,” kata Barros.

“Beliau mempercaya­i bahawa masyarakat secara menyeluruh, melihat bahaya yang dialami oleh negara,” dan mampu pada hari tersebut untuk menyatukan “orang awam dan tentera, bagi memulih dan mengembali­kan negara ke landasan yang betul.

“Dan sekiranya keadaan itu tidak berlaku, pada hari ini kita mungkin memiliki jenis kerajaan yang tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa pun,” tambah jurucakap itu.

Bolsonaro sentiasa menjadi penyokong kuat angkatan tentera Brazil. Sejak memegang jawatan pada Januari lepas, beliau juga mempunyai kata-kata yang bagus bagi pemimpin diktator tentera lain di Amerika Latin pada tahun 1970-an dan 1980an, seperti di Paraguay Alfredo Stroessner (1954-1989) dan di Chile Augusto Pinochet (19731990).

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ERAT: Gambar fail diambil pada 24 November, 2018 menunjukka­n Jeneral Tentera Luiz Eduardo Ramos Baptista Pereira (kanan) bercakap dengan Bolsonaro (tengah) semasa upacara ketenteraa­n di Rio de Janeiro, Brazil.
— Gambar AFP ERAT: Gambar fail diambil pada 24 November, 2018 menunjukka­n Jeneral Tentera Luiz Eduardo Ramos Baptista Pereira (kanan) bercakap dengan Bolsonaro (tengah) semasa upacara ketenteraa­n di Rio de Janeiro, Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia