Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo alami kecederaan, Portugal diikat Serbia 1-1

-

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, terpaksa meninggalk­an padang lebih awal kerana kecederaan paha ketika seri 1- 1 dengan Serbia pada perlawanan kelayakan Euro 2020 Isnin lepas.

Ronaldo dikeluarka­n pada minit ke- 30 perlawanan di Lisbon ketika skuad kendalian Fernando Santos, yang juga juara Eropah itu seri untuk perlawanan kedua berturut-turut selepas diikat oleh Ukraine pada perlawanan hari Jumaat.

Tiada maklumat sama ada Ronaldo akan cergas untuk beraksi bersama kelabnya, Juventus, pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara- juara menentang Ajax 10 April depan.

William Carvalho mensiasiak­an peluang awal perlawanan yang berlangsun­g di Estadio da Luz.

Serbia gagal mengeluark­an bola dari bahaya sebelum bola sampai ke kaki Carvalho tetapi rembatan pemain tengah itu tersasar seawal minit kelima permainan.

Tadic membuka jaringan dari satu tendangan penalti dua minit kemudian selepas penjaga gol Portugal, Rui Patricio merempuh Mijat Gacinovic dalam kotak penalti ketika Serbia membuka jaringan.

Ronaldo dinafikan satu gol penyamaan dua minit kemudian apabila cubaannya ditepis penjaga gol Marco Dmitrovic.

Ronaldo, yang beraksi 156 kali bersama Portugal, kemudian terpaksa meninggalk­an padang seketika kerana kecederaan ketika cuba mengejar bola di sayap kanan padang untuk mendapatka­n rawatan dan kembali semula ke dalam padang tetapi hanya untuk beberapa minit sebelum diganti oleh Pizzi.

P o r t u g a l m e n g i k a t kedudukan ketika berbaki tiga minit sebelum rehat menerusi rembatan kencang Danilo Pereira dari luar kotak penalti.

Carvalho seharusnya meletakkan Portugal di hadapan buat kali pertama 25 minit selepas rehat tetapi cubaannya tersasar.

Portugal mengasak bertalu-talu untuk mencari gol kemenangan tetapi pertahanan Serbia terus kental sehingga ke wisel penamat.

Perlawanan kelayakan seterusnya menyaksika­n Portugal akan menentang Switzerlan­d pada 5 Jun dan Serbia akan menentang Ukraine dua hari kemudian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia