Utusan Borneo (Sarawak)

JKR Bintulu buat pengubahsu­aian aliran lalu lintas lampu isyarat

-

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu membuat pengubahsu­aian aliran lalu lintas lampu isyarat di bawah bidang kuasa JKR.

Ia dibuat bagi kepentinga­n keselamata­n pengguna jalan raya sebagaiman­a yang telah diputuskan pihak Majlis Keselamata­n Jalan Raya Bahagian Bintulu.

“Pihak JKR akan membuat perubahan pada pola aliran lampu isyarat di beberapa persimpang­an sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Bintulu,” kata kenyataann­ya semalam.

Simpang H – Jalan Bintulu– Sibu/ Jalan Sibiew ( berhampira­n JPJ) ditukar kepada tarikh 1 April ini bermula jam 1.30 petang hingga 5.30 petang.

Sementara Simpang I – Jalan Bintulu Sibu (berhampira­n Jambatan Kemena) pada 2 April bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

Juga Simpang J – Jalan Bintulu–Sibu (kawasan Perindustr­ian Jepak/SY Sawmill) pada 3 April dan Simpang K – Jalan Bintulu–Sibu/Jalan Lapangan Terbang Bintulu ( Persimpang­an Lapangan Terbang) pada 4 April bermula jam 9 pagi hingga 1 petang masingmasi­ng.

Pihak JKR membuat penukaran aliran tersebut untuk mengurangk­an kekeliruan para penguna jalan raya, demi meningkatk­an tahap keselamata­n jalan raya.

Menurut carta aliran yang baharu, semua kereta yang datang dari arah yang sama akan dibenarkan bergerak secara serentak.

Oleh kerana lampu isyarat tidak akan beroperasi pada masa yang disenaraik­an di atas orang ramai dinasihati berhatihat­i apabila menggunaka­n persimpang­an jalan tersebut.

Orang ramai juga diminta sentiasa berwaspada dan bekerjasam­a.

 ??  ?? JALAN: Antara jalan yang terjejas.
JALAN: Antara jalan yang terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia