Utusan Borneo (Sarawak)

KKKG komited lahir penuntut berketeram­pilan tinggi

-

Kolej Komuniti Kuching (KKKG) komited melahirkan penuntut berketeram­pilan tinggi menerusi kehebatan mereka berucap di khalayak ramai.

Bagi mencapai matlamat itu, pihak kolej menganjurk­an Bengkel Pengucapan Hebat 2019 yang julung kalinya diadakan di kolej berkenaan, baru-baru ini.

Bengkal sehari itu dikendalik­an Pengerusi Persatuan Prihatin Pembanguna­n Insan Maliah Adenan mengenai kepentinga­n Pengucapan Hebat yang boleh diguna pakai sebagai daya penarik seseorang dengan menggunaka­n teknik memujuk secara berhemat.

Pada bengkel itu juga para pe- nuntut yang hadir diberikan ruang dan peluang berbuat demikian dan prestasi ditunjukka­n juga membanggak­an di mana tahap keyakinan mereka berucap semakin meningkat.

Menurut jurucakap kolej, matlamat utama bengkel adalah untuk menjadikan institusi sebagai platform bagi menggalakk­an pembanguna­n diri penuntut yang bukan sekadar menumpukan kepada pengetahua­n dan kemahiran semata-mata.

Ia kerana pihak kolej menyedari bahawa persaingan untuk mendapatka­n kepercayaa­n masyarakat di luar terhadap keupayaan penuntut KKKG adalah begitu tinggi dengan mengambil kira peningkata­n institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya Sarawak.

Dengan itu pihak kolej mengambil langkah drastik menjadikan keterampil­an berucap sebagai teknik terbaik bagi menangani persaingan berkenaan.

Tidak dinafikan juga bahawa keterampil­an berucap menjad daya tarikan dari dalam setiap individu menerusi metodologi pembinaan imej positif dan penilaian cabaran serta strateg berucap yang diguna pakai.

Hadir sama Pengarah KKKG Fadil Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Wan Khazlina Wan Mohamed dan Timbalan Pengarah (Akademik) Kani Linyaw.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia