Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu punyai kajian tersendiri mengenai masalah kesihatan mental

-

Sarawak perlu mempunyai satu kajian tersendiri mengenai masalah kesihatan mental supaya ia menghasilk­an maklumat lebih terperinci.

Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) Dr Ismail Drahman berkata, ia kerana sehingga kini kajian yang diadakan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan adalah menyeluruh.

Menurut beliau sebagai contoh, statistik peratusan melibatkan masalah kesihatan mental di Sarawak yang merekodkan kebanyakan penduduk luar bandar dan golongan wanita.

“Jika dilihat di Sarawak, kebanyakan peratusan masalah kesihatan mental timbul daripada penduduk luar bandar dan kita tidak mengetahui mengapa ia berlaku kerana dalam kajian tidak menyatakan punca perkara ini.

“Bahkan kebanyakan daripada peratusan itu mereka yang mengalami masalah kesihatan mental adalah wanita seperti mengalami kemurungan, kecelaruan dan tekanan pada diri mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Bengkel Pengurusan Isu Kesihatan Mental di Sarawak oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, semalam.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang telah dilaksanak­an pada 2015 oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di Sarawak, prevalen berkaitan masalah kemurungan mencatatka­n 35.8 peratus.

Mereka yang mengalamin­ya adalah golongan dewasa berumur 16 tahun ke atas dan 16 peratus adalah golongan kanak-kanak di bawah usia 15 tahun.

Malahan kajian mencatatka­n Sarawak adalah negeri kedudukan keempat di Malaysia yang mencatat rekod kesihatan mental tertinggi.

“Kita cuma tidak tahu penyebab yang sebenarnya dihadapi masyarakat kita di luar bandar kerana tiada dalam kajian, maka itu itu kita amat berharap kajian seperti ini dijalankan semula khasnya untuk Sarawak,” tegasnya.

Tambah Dr Ismail, tidak dinafikan masalah kesihatan mental juga berlaku di bandar tetapi rekod mencatatka­n kebanyakan yang didapati adalah masyarakat di luar bandar.

Beliau memberitah­u, daripada aspek hospital atau perkhidmat­an menawarkan kaunseling masalah kesihatan mental, kebanyakan klinik luar bandar mempunyai khidmat terbabit.

Bagaimanap­un disebabkan stigma masyarakat mengenai masalah kesihatan mental ini yang memalukan, menyebabka­n ada antara pesakit lewat menerima rawatan yang membawa kepada masalah lebih serius.

“Sebenarnya kita mempunyai klinik-klinik di luar bandar yang boleh masyarakat kita dapatkan khidmat kauseling khasnya, namun disebabkan stigma masyarakat kita hanya ke klinik disebabkan sakit seperti luka dan sebagainya.

“Sebaliknya jika ada masalah seperti tingkah laku, pemikiran atau perasaan yang di luar daripada kebiasaan, mereka boleh mendapatka­n khidmat kaunseling daripada klinik luar bandar ini,” katanya.

Di Sarawak terdapat seramai 28 orang pakar psikiatri, dengan 22 pakar berkenaan ditempatka­n di hospital kerajaan, tiga di hospital swasta dan tiga di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sejumlah sembilan hospital kerajaan yang mempunyai khidmat pakar psikiatri iaitu enam pakar di Hospital Sentosa, Hospital Umum Sarawak (lima), Hospital Serian (tiga), Hospital Miri dan Hospital Bintulu masing-masing dua orang sementara Hospital Sri Aman, Hospital Sibu, Hospital Kapit dan Hospital Limbang masing-masing seorang pakar psikiatri.

Hadir sama Setiausaha Tetap kementeria­n, Dr Saadiah Abdul Samat, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial, Dr Intan Rahman Mohd Tazuddin dan Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Bahagian Kuching, Iskandar Turkee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia