Utusan Borneo (Sarawak)

Pindah wang orang lain ke akaun bank, pemuda dipenjara dan sebat

-

Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman 15 bulan penjara dan tiga kali sebatan terhadap seorang pemuda atas pertuduhan memindahka­n wang milik orang lain ke dalam akaun banknya.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad menjatuhka­n hukuman itu setelah mendengar pengakuan bersalah tertuduh, David Ngu Chung Hieng, 36.

Mengikut pertuduhan, Ngu didakwa menyalah guna harta milik Mizanur Rahman iaitu wang sebanyak RM5,000 dengan memindahka­n wang tersebut ke dalam akaun milik tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Febuari, 2019, kira-kira jam 9 pagi di sebuah bank di Jalan Sentral.

Untuk pertuduhan itu, Ngu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan dengan sebatan dan denda, jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, setelah mangsa melakukan dua transaksi pengeluara­n wang berjumlah RM3,000 dan ketika hendak membuat transaksi ketiga sebanyak RM600 dari sebuah mesin ATM, dia didatangi seorang lelaki.

Lelaki terbabit yang kemudian dikenali sebagai tertuduh meminta mangsa menunggu sebentar dan pada masa sama tertuduh membuat transaksi menggunaka­n mesin ATM tanpa mengeluark­an kad ATM milik mangsa.

Selepas menggunaka­n mesin ATM itu, tertuduh terus pergi dan mangsa mendapati baki wang dalam akaun banknya kurang RM5,000.

Siasatan kemudian mendapat wang mangsa berjumlah RM5,000 telah dipindahka­n ke dalam akaun milik tertuduh pada 5 Februar 2019.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga mendedahka­n tertuduh ada bersama mangsa ketika kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia