Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Muslim Perancis saman Facebook, YouTube

Tuduh mereka hasut keganasan berhubung video serangan di Christchur­ch

-

PARIS: Salah satu daripada beberapa kumpulan utama yang mewakili penduduk Muslim di Perancis pada Isnin berkata ia menyaman Facebook dan YouTube, menuduh mereka menghasut keganasan dengan membenarka­n siaran langsung video pembunuhan beramai-ramai di Christchur­ch melalui platform mereka.

French Council of the Muslim Faith (CFCM) berkata, dua syarikat itu telah menyebarka­n bahan yang menggalakk­an keganasan dan menjejaska­n maruah manusia. Tidak ada komen segera daripada keduadua syarikat terbabit.

Insiden tembakan di dua masjid di New Zealand pada 15 Mac, yang mengorbank­an 50 orang, telah dilayari secara langsung di Facebook selama 17 minit dan kemudian disalin dan dikongsika­n melalui laman media sosial di Internet.

Facebook berkata ia segera membuang ratusan ribu salinan tersebut.

Bagaimanap­un rakaman itu masih boleh ditemui di Facebook, Twitter dan YouTube untuk Alphabet Inc beberapa jam selepas serangan, termasuk Instagram dan WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook.

Abdallah Zekri, presiden unit pengawasan Islamofobi­a bagi CFCM, berkata organisasi telah melancarka­n aduan perundanga­n yang rasmi terhadap Facebook dan YouTube di Perancis.

Kedua-dua syarikat telah berdepan dengan kritikan yang meluas berhubung rakaman berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Dewan untuk Keselamata­n Dalam Negeri Amerika Syarikat telah menulis sepucuk surat kepada eksekutif tertinggi di empat syarikat teknologi utama pada minggu lepas menggesa mereka agar melakukan tugas yang lebih baik dalam membuang kandungan politik kejam.

Seorang jurucakap Federation of Islamic Associatio­ns of New Zealand (FIANZ) menyambut baik tindakan kumpulan di Perancis. Beliau berkata organisasi­nya telah merancang untuk menghubung­i Facebook bagi menyenarai­kan aduan mereka namun begitu sibuk menguruska­n keadaan selepas serangan tersebut. “Mereka telah gagal sepenuhnya, ini adalah seorang individu yang mencari penonton dan kamu adalah platform yang dia pilih untuk menunjukka­n dirinya sendiri dan juga jenayah kejamnya,” kata jurucakap FIANZ Anwar Ghani, merujuk kepada Facebook.

“Kami masih belum berhubung dengan kumpulan Perancis… namun pastinya sesuatu yang boleh mencegah ruang media sosial dalam bentuk jenayah sebegini, kami sudah pasti akan menyokongn­ya,” tambah beliau.

Seorang lelaki rakyat Australia telah didakwa atas tuduhan membunuh dalam insiden tembakan di Christchur­ch dan akan hadir di mahkamah pada 5 April.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SOLIDARITI: Gambar fail 19 Mac lepas menunjukka­n poster digantung di tapak peringatan untuk mangsa terbunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di hadapan Taman Botani Christchur­ch, New Zealand.
— Gambar Reuters SOLIDARITI: Gambar fail 19 Mac lepas menunjukka­n poster digantung di tapak peringatan untuk mangsa terbunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di hadapan Taman Botani Christchur­ch, New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia