Digi dan Gibraltar BSN lancarkan Dengue Cover+
Pelan Perlindungan Digital Denggi dan Zika mampu milik beserta Insurans Hayat untuk pelanggan Digi
KUCHING: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dengan kerjasama Gibraltar BSN Life Bhd (Gibraltar BSN) semalam telah melancarkan Dengue Cover+, sebuah Pelan Perlindungan Digital Denggi dan Zika mampu milik beserta Insurans Hayat.
Ia dilindungi Gibraltar BSN yang merupakan antara syarikat insurans hayat yang giat membangun di Malaysia.
Dengue Cover+ merupakan pelan perlindungan digital sepenuhnya edaran Digi dan ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelanggan pascabayar serta prabayar Digi sedia ada di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun menerusi pendaftaran mudah secara dalam talian.
Bersandarkan pada maklumat dan data semasa yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan, pelanggan Digi di kawasan berisiko tinggi wabak denggi akan menerima notis pemberitahuan segera daripada pihak Digi untuk memaklumkan bahawa kawasan kediaman mereka adalah kawasan tumpuan denggi.
Pada masa sama, mereka juga akan ditawarkan peluang untuk melindungi diri serta keluarga mereka dengan Dengue Cover+.
Pelan insurans digital tersebut boleh didapati bermu- la dengan harga serendah RM0.15 sen sehari yang menawarkan manfaat Tunai Hospital, manfaat Kematian serta manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) termasuklah manfaat tambahan sekiranya pelanggan mengalami serangan virus denggi atau zika.
Premium akan dimasukkan terus ke akaun Digi mereka dan pemohon juga tidak perlu menjalani sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan.
Pelanggan Digi boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dengue Cover+ dan membuat pendaftaran untuk pelan tersebut di http://digi. my/dengue.