Sentimen PKS sektor pembinaan semakin pulih
Dipacu oleh keputusan penyambungan semula projek sektor awam dan dasar kerajaan yang lebih jelas
KUALA LUMPUR: Sentimen perniagaan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pembinaan menunjukkan semakin pulih pada suku kedua dan suku ketiga (Q2-Q3) tahun ini, menurut kaji selidik Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) yang dikeluarkan semalam.
Kaji selidik itu yang dijalankan oleh RAM Holdings Bhd dan RAM Rand RAM Credit Information Sdn Bhd, berkata peningkatan senti- men itu sebahagian besarnya dipacu oleh keputusan penyambungan semula secara beransur-ansur projek-projek sektor awam dan juga dasar kerajaan yang lebih jelas berhubung perkembangannya.
“Sektor pembinaan korporat mencatatkan peningkatan 0.2 mata untuk memberikan bacaan indeks pembinaan keseluruhan pada 53.2.
“Sentimen dalam kalangan PKS menunjukkan perubahan ketara dengan indeks pembinaan keseluruhan pulih kepada 51.2 daripada bacaan sentimen negatif sebelumnya pada 49.7,” kata RAM Holdings dalam kenyataan semalam.
Nilai indeks 50 adalah penanda aras neutral, nilai 50 ke atas menandakan sentimen positif oleh firma dan 50 ke bawah menandakan sentimen negatif.
Di sebalik beberapa penambahbaikan dilakukan bagi sektor, RAM BCI bagi keseluruhan Q2- Q3, 2019, menunjukkan tahap keyakinan rendah bagi enam bulan akan datang, dengan indeks korporat dan PKS masingmasing pada 53.5 dan 52.1 secara keseluruhannya.
Kaji selidik itu mendapati trend menyederhana dalam kalangan korporat, menunjukkan sentimen suram berterusan secara menyeluruh dalam jangkaan prestasi dan juga pembinaan kapasiti.
“Perubahan dalam sentimen pembinaan PKS mungkin disumbangkan oleh penyambungan semula projekprojek sektor awam, serta pelaksanaan pembayaran balik cukai barang dan perkhid- matan (GST) kepada firma lebih kecil, yang akan mengurangkan tekanan aliran tunai PKS.
“Dengan demikian, sekiranya prospek pertumbuhan organik tidak mampan, sentimen dalam kalangan firma kecil akan menjadi semakin rendah di masa depan,” katanya.
Secara keseluruhannya, kaji selidik itu merumuskan rasa curiga firma ke atas pembangunan kapasiti kekal menjadi kebimbangan yang paling ketara, kerana ini da- pat memberi kesan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi dan impak terhadap potensi pengeluaran ekonom dalam jangka panjang.
“Bagi memastikan ia lebih jelas dan tumpuan berterusan untuk mengukuhkan dasar dan peraturan amat penting bagi meningkatkan keyakinan perniagaan dalam kalangan firma, yang akhirnya berpotensi meletakkan negara pada trajektori pertumbuhan yang lebih berdaya tahan dalam masa terdekat,” katanya — Bernama