Siasatan UEFA berhubung dakwaan salah laku FFP, Guardiola harapkan penyelesaian segera
WATFORD, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berharap satu penyelesaian segera kepada siasatan badan induk bola sepak Eropah (UEFA) berhubung dakwaan salah laku Kewangan Bersih (FFP) yang dilakukan oleh juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu akan menamatkan segala spekulasi.
Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA Isnin lepas di mana satu badan bebas akan menyiasat dakwaan dibuat oleh sebuah majalah dari Jerman, Der Spiegel sebagai sebahagian dari kempen Football Leaks, akan memberikan jawapan “dengan segera”.
Laporan Selasa lepas mendakwa City mungkin akan digantung dari Liga Juara-Juara dari musim hadapan jika didapati bersalah.
Guardiola menegaskan berita itu tidak mengganggu fokus pemainnya ketika menewaskan Watford 2-1 dalam aksi Selasa lepas untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Ing- geris.
Bagaimanapun, beliau berharap untuk pengakhiran apa yang beliau gambarkan sebagai “suara” menyelubungi perniagaan kelab.
“Jika UEFA mendapati sesuatu, kelab akan membuat kenyataan dan saya mahu melakukannya kerana kami akan tahu apa sebenarnya berlaku dan menamatkan semua suara-suara ini,” kata Guardiola.
“Kami akan tahu jika kami melakukan sesuatu yang salah dan jika kami tidak melakukan sesuatu yang salah, orang harus berhenti bercakap mengenainya.”
Ia mendakwa City melepasi peraturan FFP, yang direka khas untuk menghadkan kerugian kelab dan kerana itu mampu berbelanja besar untuk membeli dan membayar gaji pemain, dengan membolehkan penaja yang berpusat di Abu Dhabi menyalurkan wang.
Sebagai salah seorang keluarga di raja Abu Dhabi, Sheikh Mansour, yang membeli City sejak 2008, mengubah kelab dengan melabur berbilion pound untuk pemain dan kemudahan kelab. — AFP