Utusan Borneo (Sarawak)

Misteri kehilangan pemandu Grab terjawab

-

KOTA KINABALU: Misteri kehilangan seorang lelaki pemandu Grab akhirnya terjawab selepas mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kenderaann­ya kira-kira jam 4.45 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa Ahmad Nasip @Nor Ahmad Nasib, 54, ditemukan tidak sedarkan diri di parkir belakang kedai di Lintas Jaya Kepayan di sini.

Katanya, mangsa berada di tempat duduk pemandu dan enjin kereta dalam keadaan mati.

Sebelum ini jelasnya, anak mangsa membuat laporan mengenai kehilangan bapanya pada Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu Grab dikatakan keluar rumah di Taman Perumahan Pengalat Besar Papar kira-kira jam 5 pagi pada Sabtu.

“Bagaimanap­un, mangsa didapati tidak balik ke rumah hinggalah anaknya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Habibi berkata, pada jam 5.24 petang, pegawai perubatan Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengesahka­n mangsa meninggal dunia dan punca kematian tidak diketahui.

Beliau berkata, polis turut membuat siasatan luaran badan dan tidak ada unsur-unsur jenayah serta kecederaan didapati pada badan mangsa.

Pihaknya mengklasif­ikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

 ??  ?? DITEMUKAN MATI: Mangsa ditemukan dalam kenderaann­ya di kawasan parkir belakang kedai Lintas Jaya Kepayan.
DITEMUKAN MATI: Mangsa ditemukan dalam kenderaann­ya di kawasan parkir belakang kedai Lintas Jaya Kepayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia