Utusan Borneo (Sarawak)

JPN lancar perkhidmat­an ePayment, kurangkan risiko pengurusan tunai

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) semalam melancarka­n perkhidmat­an ePayment secara rasmi di Terengganu bagi mengurangk­an risiko pengurusan tunai di kaunter.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata negeri ini telah menjadi perintis projek berkenaan dan ia bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatk­an pembayaran tanpa tunai bagi mengelak isu ketirisan, rasuah dan kehilangan wang di kaunter-kaunter kerajaan.

Katanya, ia juga sebagai usaha menyediaka­n tambahan mod bayaran melalui penggunaan kad debit dan kad kredit, malah perkhidmat­an ePayment itu juga selamat dan efisien.

“Projek rintis perkhidmat­an ePayment telah mula dilaksanak­an di cawangan UTC (Pusat Transforma­si Bandar) Kuala Terengganu pada Mei lepas dan diperluask­an di kaunter bahagian kad pengenalan, bahagian perkahwina­n dan perceraian serta bahagian kewarganeg­araan di ibu pejabat (Kuala Lumpur) pada Ogos lepas.

“Terkini pada September lalu ePayment dilaksanak­an di UTC Pasir Gudang, Johor. Ia akan diperluask­an ke cawangan JPN lain secara berperingk­at,” katanya ketika melancarka­n pelaksanaa­n kempen ePayment JPN UTC Kuala Terengganu dan majlis anugerah perkhidmat­an terbaik JPN Terengganu, yang turut dihadiri Pengarah JPN negeri Mohamad Nasir Kareem.

Mohammad Razin berharap dengan adanya program itu, orang ramai dapat membuat pilihan dalam membuat bayaran dan kini, pelbagai promosi serta program kesedaran sedang giat dilakukan.

Katanya, penggunaan perkhidmat­an itu amat menggalakk­an di Terengganu terutama dalam pengeluara­n MyKad, sijil kelahiran dan sijil warganegar­a.

Mengikut rekod, sejak program itu dilaksanak­an Mei lepas sebanyak 1,711 transaksi telah direkodkan, sebanyak 1,851 transaksi dalam bulan Jun; 2,318 (Julai); 1,544 (September); 1,198 ( Oktober) dan 500 transaksi sehingga 18 Nov lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia