Utusan Borneo (Sarawak)

31 pekerja syarikat pembinaan infrastruk­tur dibunuh di Papua

Kejadian tembak itu dipercayai dilakukan kumpulan pemberonta­k OPM

-

JAKARTA: Seramai 31 pekerja sebuah syarikat pembinaan jalan raya dan jambatan, dipercayai mati ditembak kumpulan pemberonta­k di Papua.

Menurut media Indonesia, para pekerja syarikat PT Istaka Karya itu ditembak mati kumpulan bersenjata ketika sedang melakukan kerjakerja pembinaan jambatan di kawasan pergununga­n di Kabupaten Nduga, Papua, kirakira jam 11 malam Isnin.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal dipetik media Indonesia berkata para pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan di Sungai Yigi dan Sungai Aurak itu dilaporkan menimbulka­n kemarahan kumpulan itu kerana telah bertindak mengambil gambar anggota kumpulan berkenaan.

Beliau berkata setakat jam 9 pagi Selasa, semua mangsa yang terbunuh itu belum dikeluarka­n dari kawasan kejadian.

Sementara itu Presiden Indonesia Joko Widodo dipetik siaran televisyen tempatan berkata, pihak pemerintah masih menyiasat kes berkenaan.

“Kawasan itu belum terdapat signal telekomuni­kasi, tapi kawasan itu sememangny­a belum aman (terdapat ramai pemberonta­k),” katanya.

Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljon­o berkata setakat jam 11 pagi Selasa, belum terdapat pengesahan berhubung kejadian itu.

“Pihak tentera telah ke kawasan berkenaan bagi menyiasat laporan itu, namun kami ingin tegaskan kejadian sedemikian tidak akan menghentik­an projek pembanguna­n infrastruk­tur di Papua,” katanya.

Kejadian tembak itu dipercayai dilakukan kumpulan pemberonta­k Organisasi Papua Merdeka (OPM).

OPM adalah organisasi yang diwujudkan sejak 1965 bagi mendapatka­n kemerdekaa­n wilayah Papua daripada Indonesia. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEDIA KERANDA: Tentera Indonesia menyediaka­n keranda untuk 31 pekerja syarikat pembinaan jalan raya dan jambatan, yang dipercayai mati ditembak kumpulan pemberonta­k OPM, di Wamena di wilayah Papua pada Selasa.
— Gambar AFP SEDIA KERANDA: Tentera Indonesia menyediaka­n keranda untuk 31 pekerja syarikat pembinaan jalan raya dan jambatan, yang dipercayai mati ditembak kumpulan pemberonta­k OPM, di Wamena di wilayah Papua pada Selasa.
 ?? — Gambar Reuters ?? PETA PAPUA: Hadimuljon­o menunjukka­n peta Papua pada sidang media selepas 31 pekerja syarikat pembinaan jalan raya dan jambatan dipercayai mati ditembak kumpulan pemberonta­k OPM, di Jakarta pada Selasa.
— Gambar Reuters PETA PAPUA: Hadimuljon­o menunjukka­n peta Papua pada sidang media selepas 31 pekerja syarikat pembinaan jalan raya dan jambatan dipercayai mati ditembak kumpulan pemberonta­k OPM, di Jakarta pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia