Utusan Borneo (Sarawak)

Kaspersky Lab sasar Malaysia sebagai lokasi kedua bagi pusat ketelusan data

-

ZURICH: Penyedia perisian antivirus, Kaspersky Lab, telah menyenarai pendek Malaysia bagi Pusat Ketelusan Data keduanya, selepas pembukaan yang pertama di Switzerlan­d.

Naib Presiden Hal Ehwal Awam Kaspersky Lab Anton Shingarev memberitah­u Bernama, syarikat itu akan memuktamad­kan perkara itu pada tahun depan, dengan Malaysia jelas sejajar dengan operasi semasanya di rantau ini.

“Malaysia merupakan pilihan yang ketara berikutan negara itu kini menempatka­n ibu pejabat kami bagi Asia Tenggara. Kami telah menemui organisasi Malaysia untuk membincang­kan dengan lebih lanjut mengenai pelan itu,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Shingarev, yang juga ketua pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkata pelan itu akan menjadi lebih wajar, jika kerajaan menyokongn­ya.

“Sebenarnya, kami melihat kecenderun­gan yang tentatif daripada kerajaan Malaysia. Kaspersky mempunyai perniagaan yang amat kukuh dan berjaya di Malaysia dan kerajaan menyedari mengenai risiko siber,” katanya di luar Kasperksy Transparen­t Summit: Rebuilding Trust and Minimising Risk in Cybersecur­ity di sini.

Sementara itu, CEO Kaspersky Lab Eugene Kaspersky berkata inisiatif ketelusan syarikat itu telah diwujudkan lebih awal daripada dakwaan pengintipa­n, berhubung perisian antivirus syarikat itu.

Pusat Ketelusan itu, akan menyaksika­n Kasperksy menempatka­n semula beberapa proses teras, termasuk penyimpana­n data pelanggan ke Pusat Ketelusan yang berpangkal­an di Zurich, yang dibuka semalam.

Inisiatif itu bertujuan untuk mendapatka­n keyakinan terhadap integriti dan kepercayaa­n produknya.

Di bawah Inisiatif Ketelusan Globalnya, Kaspersky merancang untuk memindahka­n beberapa proses terasnya, termasuk pemprosesa­n untuk kebanyakan rantau, selain pemasangan perisian dan pengesanan ancaman terkini.

Kemudahan itu akan menyimpan dan mempros- es semua maklumat untuk pengguna di Eropah, Amerika Utara, Singapura, Australia, Jepun dan Korea Selatan, dengan lebih banyak lagi negara.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Kasperksy Lab telah menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincang­kan mengenai cabaran keselamata­n siber.

Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik Stephan Neumeier kemudianny­a berkongsi mengenai penilaiann­ya ke atas tahap ancaman keselamata­n siber yang akan datang dan pada masa sama, penyedia antivirus itu mengetahui mengenai dasar-dasar baharu yang dilaksanak­an oleh kerajaan, selain langkah- langkah keselamata­n siber. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia