Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pink Legacy’ cipta rekod dijual pada harga $50.3 juta

-

GENEVA: Sebutir berlian warna merah jambu yang amat jarang sekali dijumpai seberat 19 karat telah dijual dengan harga 50.3 juta Swiss franc (RM211.2 juta) di lelongan di Geneva kelmarin, kata Christie’s, untuk mencipta rekod per-karat baharu bagi permata seumpamany­a.

Berlian ‘Pink Legacy’, yang pernah dimiliki keluarga Oppenheime­r yang selama berdekad-dekad mengusahak­an syarikat pelombonga­n berlian De Beers, dibeli oleh jenama mewah Amerika, Harry Winston, sebahagian daripada kumpulan Swiss Swatch.

“Bernilai 2.6 juta per karat. Itu adalah rekod dunia per karat untuk berlian merah jambu,” kata Francois Curiel, ketua Christie’s di Eropah, tentang harga yang termasuk semua fi dan komisen.

“Permata ini bagi saya adalah Leonardo da Vinci bagi berlian.”

Berlian 18.96 karat itu dijumpai di sebuah lombong di Afrika Selatan kira-kira seabad yang lalu, kata Christie’s. Ia mungkin dipotong pada zaman 1920-an dan tidak pernah diubah sejak itu.

Permata itu segera digelar sebagai ‘Winston Pink Legacy’ oleh pembelinya.

Ketua barangan kemas antarabang­sa Christie’s, Rahul Kadakia, menggambar­kannya sebagai “salah satu berlian paling hebat di dunia”.

Permata potongan segi empat tepat itu telah digredkan sebagai “fancy vivid” – gred tertinggi sekali bagi intensiti warna – kerana ia tidak ada kesan warna lain seperti ungu, oren atau coklat.

Berat kebanyakan berlian merah jambu adalah kurang daripada satu karat dan ber- lian dalam kategori warna teratas dengan lebih 10 karat langsung tidak kedengaran di gedung lelongan.

Berlian ‘ Pink Legacy’ dikelaskan sebagai Jenis IIa, yang bermakna ia amat tulen dari segi kimia, dan hanya dua peratus sahaja berlian jatuh ke dalam kategori ini.

“Ini adalah permata yang ada sedikit sahaja nitrogen, jika ada,” kata Kadakia, yang menambah ini sering memberikan berlian Jenis IIa “kekilauan dan ketelusan yang luar biasa”.

“Bayangkan domino dengan sudut yang anda sudah potong,” kata JeanMarc Lunel, seorang pakar barangan kemas antarabang­sa di Christie’s, baru-baru ini kepada AFP, untuk menggambar­kan bentuk permata itu yang luar biasa.

Christie’s berkata berlian ‘ Pink Legacy’ merupakan ‘berlian Fancy Vivid terbesar dan paling halus pernah ditawarkan di lelongan oleh syarikat kami”, dan menganggap permata itu “tidak ada tolok bandingnya”.

“Ia mungkin spesimen paling indah pernah dikemukaka­n di lelongan awam,” kata Lunel. — AFP

 ??  ?? BERNILAI TINGGI: Seorang kakitangan Christie’s menunjukka­n berlian ‘Pink Legacy’ sewaktu previu di Geneva pada 8 November lepas.
BERNILAI TINGGI: Seorang kakitangan Christie’s menunjukka­n berlian ‘Pink Legacy’ sewaktu previu di Geneva pada 8 November lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia