Utusan Borneo (Sarawak)

Gol penyamaan Ibrahimovi­c bersama Galaxy dipilih sebagai Gol Terbaik MLS

-

NEW YORK: Jaringan pertama ikon Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c, untuk kelab Los Angeles Galaxy, gol penyamaan pada minit ke77 dari jarak 40 ela pada Mac lalu, dipilih sebagai Gol Terbaik dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) kelmarin.

Dalam undian peminat dari kalangan 16 finalis, hadiah jaringan menakjubka­n dimenangi penyerang berusia 37 tahun itu yang pernah bermain di kelab- kelab Eropah termasuk Manchester United, Paris Saint- Germain, AC dan Inter Milan, Juventus dan Barcelona.

Turut menang dalam undian peminat adalah penjaga gol pasukan Seattle Sounders, Stefan Frei, dengan anugerah ‘MLS Save of the Year’, iaitu aksi refleks yang cepat oleh penjaga gol Swiss itu untuk menghalang cubaan Shkelzen Gashi dari kelab Colorado pada minit ke- 82 pda 4 Julai lalu.

Ia memastikan Seattel mendahului 2-1 dan pasukan Sounders menang dengan margin tersebut.

Jaringan pertama Zlatan merupakan gol yang tidak dapat dilupakan ketika menentang Los Angeles FC (LAFC) pada 31 Mac lalu, satu rembatan kaki kanan dari jarak jauh ke atas penjaga gol LAFC, Tyler Miller, yang mencecah jaring untuk mencetuska­n kegembiraa­n di StubHub Center.

Zlatan kemudian menanduk masuk gol kemenangan dalam masa tambahan untuk mencatatka­n kemenangan 4- 3.

Turut dicalonkan bagi anugerah tersebut dalah gol karier ke- 500 Zlatan, satu rembatan kaki kiri yang menyeluruh ketika menentang Toronto pada 15 September lalu.

Dia menjadi pemain ketiga Galaxy dengan jaringan terbaik MLS dalam tempoh setahun, untuk menyertai Landon Donovan pada 2009 dan Carlos Ruiz pada 2002. — AFP

 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia