Utusan Borneo (Sarawak)

CAP gesa kerajaan naikkan harga gula putih

-

GEORGE TOWN: Bersempena Hari Diabetes Sedunia semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyaranka­n kepada kerajaan agar menaikkan harga gula putih kepada RM5 sekilogram.

Presidenny­a SM Mohamed Idris berkata Malaysia harus mencari pendekatan yang lebih menyeluruh bagi menyelesai­kan masalah obesiti dalam kalangan penduduk memandangk­an penyakit diabetes di negara ini dijangka meningkat lebih pantas berikutan gaya hidup tidak sihat dan diet tidak seimbang yang diamalkan rakyat.

Memetik laporan Persekutua­n Diabetes Antarabang­sa (IDF), beliau berkata hampir 3.5 juta kes diabetes dilaporkan di Malaysia sejak 2017 dan kadar prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa di negara ini ialah 16.9 peratus.

“Berbanding had harian pengambila­n gula pada enam sudu teh, kita mengambil 21 sudu teh setiap hari bermakna 630 sudu teh sebulan, menjadikan kita antara pengguna gula tertinggi di dunia,” katanya pada sidang media, di sini.

Menyifatka­n gula sebagai ‘ racun yang lebih berbahaya berbanding rokok’, beliau berkata diabetes boleh menyebabka­n kerosakan organ yang teruk kepada penghidap termasuk menjadi buta, kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan kerosakan saraf yang didakwanya ‘ibu segala penyakit’.

Mohamed Idris turut mendakwa rawatan untuk pesakit diabetes adalah sangat mahal.

Hari Diabetes Sedunia yang dirai pada setiap 14 Nov diperkenal­kan oleh IDF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 1991 susulan peningkata­n kebimbanga­n masyarakat terhadap ancaman kesihatan oleh diabetes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia