Utusan Borneo (Sarawak)

Balu Jamaludin Jarjis tuntut harta sepencaria­n, ibu fail penyataan pembelaan

-

KUALA LUMPUR: Ibu kepada bekas menteri, Allahyarha­m Jamaludin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, semalam memfailkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan harta sepencaria­n yang dikemukaka­n balu Jamaludin.

Peguam Syarie Nur Hidayah A. Bakar yang mewakili ibu Allahyarha­m, Aminah Abdullah, memaklumka­n demikian selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha, semalam.

“Hari ini (semalam) hanya untuk failkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan harta sepencaria­n oleh balu Allahyarha­m, Puan Sri Dr Kalsom Ismail. Akan datang kita akan memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan banta- han awal yang dibuat balu dan anak-anak Allahyarha­m terhadap permohonan sijil faraid,” kata peguam itu.

Nur Hidayah berkata mahkamah menetapkan 7 Januari sebagai sebutan semula kes dan bagi memfailkan afidavit jawapan terhadap bantahan awal sijil faraid tersebut.

Pada prosiding semalam, hanya adik tiri Jamaludin, Mohamad Najeb Ali yang kelihatan di mahkamah manakala Aminah, balu Jamaludin dan anak-anaknya tidak hadir.

Balu Jamaludin diwakili peguam syarie Datuk Shamsuriah Sulaiman manakala empat anaknya diwakili peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman.

Sementara itu ketika dihubungi, peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruza- man yang juga mewakili Aminah berkata balu Allahyarha­m memfailkan tuntutan harta sepencaria­n itu kira-kira sebulan lalu namun tidak menyatakan perincian harta tersebut.

Pada 2 Mac lepas, Aminah, 84, selaku pemohon memfailkan permohonan mendapatka­n sijil faraid untuk pembahagia­n harta Allahyarha­m yang dianggarka­n bernilai lebih RM2 bilion mengikut Seksyen 46(ix) Akta Pentadbira­n Agama Islam (Wilayah Persekutua­n) 1993.

Jamaludin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat meninggalk­an seorang balu iaitu Kalsom, 62, dan empat anak iaitu Ikwan Hafiz, 31, Nur Anis, 33, Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adilla, 23. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia