Utusan Borneo (Sarawak)

Program pemukiman masjid lebih teratur tahun depan Ia penting bagi memastikan masjid terus dikunjungi sepanjang masa

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Program pemukiman masjid di seluruh Sarawak akan terus diperkasak­an secara lebih teratur bermula tahun depan.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang mendedahka­n perkara itu berkata, ia penting bagi memastikan masjid terus dikunjungi sepanjang masa.

Dengan usaha itu juga katanya, ia dapat memperkasa­kan fungsi masjid yang tidak hanya menjadi tempat untuk menunaikan ibadah bahkan mencakupi aspek lain melibatkan kehidupan masyarakat.

“Maknanya, program pemukiman ini akan mempelbaga­ikan fungsi masjid yang bukan hanya terhad untuk solat sahaja,” katanya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian di Masjid Bahagian Serian di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memaklumka­n bahawa empat masjid di Serian dikenal pasti sebagai masjid mukim.

Menurutnya, masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk melatih jawatankua­sa agar lebih mema- hami tugas masing-masing.

Malah katanya, program berbentuk kebajikan seperti konsep rezeki juga boleh dilaksanak­an di masjid selain program keramaian atau sukan.

“Usaha seperti ini penting agar masyarakat Islam daripada pelbagai peringkat umur sentiasa berkunjung ke masjid,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman dalam pada itu turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang qari dan qariah pada majlis tersebut.

Majlis itu menyaksika­n Wan Jamaluddin Wan Said muncul johan qari manakala Siti Azlifah Naiman dinobatkan sebagai johan qariah.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman bersama isterinya, Datin Siti Syorgayah Ahmad Zaidin merakam kenangan bersama para pemenang qari dan qariah pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian di Masjid Bahagian Serian baru-baru ini.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman bersama isterinya, Datin Siti Syorgayah Ahmad Zaidin merakam kenangan bersama para pemenang qari dan qariah pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian di Masjid Bahagian Serian baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia