Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita lapor panggilan ‘Macau Scam’

-

MIRI: Dua wanita di sini membuat laporan polis pada Isnin lalu selepas menerima panggilan ‘ Macau Scam’ daripada dua individu tidak dikenali.

Dalam kenyataann­ya kelmarin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdaganga­n Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kedua-dua wanita tersebut bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kerugian kerana menyedari ia adalah taktik penipuan.

Katanya, dalam kes pertama yang dilaporkan bagi ‘Macau Scam’ seorang suri rumah berusia 31 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumka­n kononnya beliau ada pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank berjumlah RM30,000.

“Mangsa diberitahu kononnya dia telah gagal membuat pembayaran ansuran ke atas pinjaman tersebut dan juga tidak hadir ke mahkamah,” katanya sambil menambah mangsa sempat memberikan butir-butir peribadiny­a kepada lelaki berkenaan.

Bagaimanap­un apabila mengesyaki ia adalah penipuan, mangsa lantas membuat laporan polis untuk membolehka­n siasatan dilakukan.

Sementara dalam satu lagi kes berasingan, seorang suri rumah berusia 31 tahun menerima panggilan daripada seorang wanita yang memberitah­u bungkusan miliknya daripada rakan Facebookny­a telah tiba di Kuala Lumpur.

Mangsa kemudian diminta untuk membayar RM3,780 dan memasukkan­nya ke dalam akaun bagi membolehka­nnya menerima bungkusan tersebut.

“Apabila mereka meminta bayaran untuk dimasukkan dalam ke akaun, mangsa lantas menyedari ialah ada panggilan menipu lantas memutuskan untuk melaporkan­nya kepada pihak polis,” tambahnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia