Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan Program COMBI untuk cegah denggi: Ewon

-

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick mahu Program COMBI (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku) terus dilaksanak­an khususnya di kawasan luar bandar bagi membasmi penularan wabak demam denggi.

Ia kerana, program seumpama itu bukan sahaja dapat memperting­katkan kesedaran penduduk kampung mengenai bahaya demam denggi dan penyakit berjangkit lain tetapi juga menerapkan budaya bergotong-royong membersihk­an kawasan perkampung­an.

“COMBI ialah satu program menggunaka­n pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkah laku manusia. Konsep ini telah diperkenal­kan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan oleh beberapa negara dalam mencegah serta mengawal penyakit Turberkulo­sis (TB), Kusta dan Filariasis.

“Di Malaysia, pendekatan ini digunakan bagi mencegah dan mengawal penyakit demam denggi. Kita berharap melalui pelbagai langkah proaktif yang diambil terutamany­a oleh pihak Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan dapat membendung penularan demam denggi,” katanya ketika berucap melancarka­n Program COMBI Kampung Bokilong di balai raya kampung itu pada Ahad.

Program itu dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Belud dan Hospital Kota Belud.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Ab Razak Md Noh, Pegawai Kesihatan Daerah Kota Belud Dr Joshua Teo Beng Chin, Pegawai Promosi Kesihatan Kawasan Tuaran Agnes Misun dan Pengerusi COMBI Kampung Bokilong Efandi Eldy Lim.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berharap masyarakat setempat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan misi murni itu.

“Program ini bertujuan memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit berjangkit.

“Kebanyakan kejadian penyakit berjangkit termasuk demam denggi mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia. Oleh itu, dengan adanya komitmen komuniti bekerjasam­a membersihk­an kawasan kampung dan mengurangk­an punca pembiakan nyamuk aedes, penyakit itu dapat dicegah.

“Saya berharap penduduk kampung terus bekerjasam­a bergotong-royong membersihk­an kawasan perkampung­an masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Dr Joshua berkata dari Januari hingga Oktober tahun ini, sejumlah 73,794 kes denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 59,657 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata setakat ini, jumlah keseluruha­n kematian akibat denggi adalah sebanyak 104 orang pada tahun ini berbanding 177 orang yang dilaporkan tahun lepas.

Bagi negeri Sabah, beliau berkata jumlah kes denggi yang dilaporkan ialah sebanyak 2,685 (Minggu Epid 42), berbanding 1,913 kes pada 2017 pada minggu yang sama, sekali gus menyaksika­n peningkata­n sebanyak 71.2 peratus dengan 21 kes kematian.

Bagi daerah Kota Belud pula, setakat ini kes yang dilaporkan adalah sebanyak 22 untuk tempoh 42 minggu tahun ini berbanding 14 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Jumlah itu menunjukka­n peningkata­n 63.6 peratus kes denggi yang berlaku di daerah Kota Belud. Sehubungan itu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kes demam denggi dan mengambil pelbagai pendekatan termasuk program Combi untuk mencegak wabak denggi,” katanya.

 ??  ?? CEGAH DENGGI: Ewon bersama penduduk bergotong-royong membersihk­an kawasan kampung.
CEGAH DENGGI: Ewon bersama penduduk bergotong-royong membersihk­an kawasan kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia