Utusan Borneo (Sarawak)

Ancient Galaxy labur RM3 juta bangun e-sport di Melaka

-

MELAKA: Perkembang­an positif sukan elektronik atau lebih dikenali e-sport yang kian mendapat tempat di negeri ini, menarik minat Ancient Galaxy Sdn Bhd melabur kira-kira RM3 juta bagi pembanguna­n industri tersebut.

Pengarahny­a Soon Cheeng Hong berkata pelaburan itu antaranya melibatkan pembinaan sebuah stadium e-sport (e-stadium) di Kota Syahbandar yang pertama seumpamany­a di negeri ini yang dijangka siap akhir tahun ini.

“Ini merupakan inisiatif kami iaitu sebuah syarikat persendiri­an yang berminat menjalanka­n usaha itu. Sebagai permulaan, kita akan cuba siapkan e-stadium sebelum akhir tahun namun ini bergantung kepada garis paduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita menyasarka­n untuk membuka e-stadium itu di daerah lain seperti Jasin dan Alor Gajah supaya lebih ramai golongan pemain e-sport ini menunjukka­n potensi mereka,” katanya kepada Bernama.

Bernama sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri Melaka fokus terhadap pembanguna­n e-sport menerusi pelbagai inisiatif untuk menggalakk­an penyertaan lebih ramai generasi muda, selaras usaha Kerajaan Persekutua­n menjadikan­nya aktiviti dan industri diminati generasi muda menerusi peruntukan berjumlah RM10 juta yang dicadangka­n dalam Belanjawan 2019.

Selain itu, mengulas selanjutny­a, Soon berkata e- sport juga berperanan sebagai industri dan sumber ekonomi baharu kepada para individu yang meminati permainan video secara positif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia