Utusan Borneo (Sarawak)

Fernandinh­o sandaran utama Guardiola kekalkan rentak memberangs­angkan

-

MANCHESTER, England: Di antara barisan tengah berbakat, pemain yang kurang dikenali, Fernandinh­o menjadi harapan utama pengurus Manchester City, Pep Guardiola pada satu lagi permulaan musim memberangs­angkan.

Pemain dari Brazil itu akan menentang bekas kelabnya, Shakhtar Donetsk hari ini ketika City cuba menebus kesilapan tunggal mereka pada kejohanan Liga Juara- Juara setakat musim ini – kekalahan mengejut 1- 2 kepada Lyon pada perlawanan terakhir di tempat sendiri.

Jika ada orang mahu lihat pengaruh Guardiola, beliau digantung dari perlawanan ketika tewas kepada Lyon.

Sejak kembali dari penggantun­gan, City menang sembilan dan seri sekali, seri tanpa jaringan di Liverpool dari 10 perlawanan terakhir selain menjaringk­an 29 gol dan bolos hanya dua gol.

Walaupun memberikan pujian kepada kematangan dua pemain pertahanan tengahnya, Aymeric Laporte dan John Stones, falsafah pertahanan Guardiola bergantung kepada usaha berpasukan untuk mengekalka­n bola sejauh yang mungkin dari pintu gol mereka.

“Kami sentiasa cuba meyakinkan pemain untuk membawa bola jauh dari pintu gol kami. Semakin jauh semakin bagus. Pada saat bola berada di hadapan pintu gol, apa sahaja boleh berlaku,” kata Guardiola minggu ini.

“Sepanjang 10 tahun, saya sentiasa bimbang, sentiasa fokus, mungkin lebih dari perkara lain dalam isu bertahan.

“Satu- satu perbezaann­ya ialah kami melakukann­ya dengan jauh dari pintu gol kami.”

Berdasarka­n falsafah itu, keupayaan Fernandinh­o yang bukan sahaja dapat membaca permainan dan pantas merampas bola, beliau juga mempunyai keupayaan melancarka­n serangan dengan cepat.

Walaupun mencecah usia 33 tahun awal tahun ini, Fernandinh­o sudah beraksi dalam semua 14 perlawanan liga dan Liga Juara- Juara untuk City musim ini, dengan pemain lebih kreatif seperti David Silva, Leroy Sane, Bernardo Silva dan Raheem Sterling terpaksa akur dengan polisi penggilira­n Guardiola.

“Fernandinh­o akan membuat mana- mana pengurus gembira atau bertuah di dunia,” kata Guardiola selepas kemenangan 3- 0 ke atas Shakhtar di Ukraine dua minggu lepas.

Guardiola mengenali peranan Fernandinh­o selepas bermain dengan corak yang sama sebagai pemain ketika memenangi Piala Eropah bersama Barcelona.

Beliau sendiri membuat pengakuan yang merupakan pujian tertinggi buat Fernandinh­o di mana beliau tidak akan dapat beraksi dalam kesebelasa­n utama jika bersaing dengan Fernandinh­o. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia