Utusan Borneo (Sarawak)

ARMADA tolak ICERD jika jejas Perlembaga­an Persekutua­n

-

MUAR: ARMADA akan menolak proses untuk meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembaga­an Persekutua­n, sistem Raja Berperlemb­agaan, kedudukan Islam, dan manamana hak termaktub dalam perlembaga­an itu.

Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pendirian ARMADA, sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berdasarka­n persefaham­an dan ketetapan bersama parti komponen Pakatan Harapan untuk meneruskan dan menyejahte­rakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata sebarang bentuk agenda untuk mengubah dan menggubal dasar-dasar kenegaraan Malaysia yang baharu di dalam Perlembaga­an Persekutua­n hanya boleh dibuat melalui proses di Parlimen.

“Ini bermakna ia dibuat atas kehendak politik rakyat Malaysia sendiri tanpa campur tangan pihak asing. Kami menolak sebarang unsur tekanan dan ancaman pihak luar dalam proses menggubal apa sahaja undang-undang di Malaysia termasukla­h Perlembaga­an Persekutua­n sekiranya ratifikasi ICERD dilaksana.

“ARMADA mendesak pihak kerajaan mengkaji semula cadangan ratifikasi ini sama ada ia akan meletakkan undang-undang negara pada tahap sama dengan undangunda­ng antarabang­sa kerana ia boleh mengakibat­kan keseimbang­an sosioekono­mi dan hak- hak tertentu di Malaysia mula terhakis,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kabinet belum membincang­kan secara terperinci proses ratifikasi ICERD, namun begitu beliau memberi jaminan isu tersebut akan dibincangk­an di Kabinet.

Syed Saddiq berkata, selaku ketua ARMADA beliau akan membangkit­kan perkara itu di dalam mesyuarat Kabinet dan mendapatka­n penjelasan pihak-pihak berkenaan mengenai usul itu, selain memberi jaminan ARMADA akan terus berusaha memastikan kerajaan Malaysia Baharu tidak lari daripada tujuan asal mentadbir Malaysia.

Beliau berkata, resipi kejayaan sesebuah negara adalah berdasarka­n acuan masing- masing dan tidak semestinya perlu menurut semua aturan yang diwarwarka­n oleh pihak luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia