Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Zaki dilantik ke Mahkamah Tengah Kewangan Antarabang­sa Dubai

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabang­sa Dubai (DIFC).

Menurut kenyataan pejabat media Kerajaan Dubai, pelantikan beliau oleh Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, akan berkuat kuasa 14 November.

Zaki, 73, menyertai Mahkamah DIFC pada Disember 2013, kira-kira dua tahun selepas beliau bersara sebagai Ketua Hakim Negara ini.

Mahkamah DIFC mengendali­kan masalah sivil dan komersial di Dubai, satu daripada pusat kewangan terkemuka di dunia.

Ini termasuk masalah berhubung dari pemindahan kewangan antarabang­sa yang sofistikat­ed hinggalah kepada kutipan hutang dan pekerjaan.

Zaki, yang berada di Dubai, memberitah­u Bernama bahawa pelantikan itu datang dengan ‘penuh kejutan’.

“Alhamdulil­lah, saya dua kali menjadi Ketua Hakim,” katanya menerusi WhatsApp.

Karier Zaki turut menyaksika­n beliau mencapai beberapa lagi pencapaian yang mengagumka­n.

Pada September 2007, dari seorang pengamal peguam beliau dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutua­n, pelantikan terus yang pertama seumpama dalam sejarah kehakiman Malaysia.

Dua bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum menjadi Ketua Hakim pada Oktober 2008 sehingga beliau bersara pada September 2011.

Di samping itu, Zaki dilantik Ketua Hakim Malaysia, dan ia juga menjadi yang pertama dalam sejarah dunia apabila seorang ayah dan anak pernah mengetuai sebuah badan kehakiman negara.

Bapanya, Allahyarha­m Tun Azmi Mohamed, adalah Ketua Hakim Mahkamah Persekutua­n dari 1968 hingga 1974. — Bernama TOKYO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau dari Jepun, Shinzo Abe, di sini pada Selasa.

Sejurus tiba di Pejabat Perdana Menteri di Nagatocho, Chiyoda-ku di sini, Dr Mahathir memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada pasukan keselamata­n Jepun.

Kedua- dua perdana menteri dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas mesyuarat itu.

Ahad lepas, Duta Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris berkata penerbitan bon Samurai berjumlah RM7.4 bilion, dengan kerajaan Jepun menawarkan jaminan penerbitan, dijangka dibincangk­an dengan lebih lanjut semasa mesyuarat dua hala antara Dr Mahathir dan Abe.

Perbincang­an antara kedua- dua pemimpin itu dijangka turut menyentuh tentang projek kereta nasional ketiga dan Dasar Pandang ke Timur.

Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Jepun berikutan penawaran jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) selama tempoh 10 tahun.

Ketika membentang­kan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tawaran itu dibuat berikutan keyakinan kerajaan Jepun terhadap pentadbira­n dan kepimpinan Dr Mahathir.

Penerbitan bon dalam denominasi Yen itu, akan dijamin oleh Japan Bank of Internatio­nal Cooperatio­n pada kadar kupon indikatif 0.65 peratus, dijangka diterbitka­n sebelum Mac tahun depan.

Dalam reaksi beliau selepas pembentang­an Belanjawan 2019, Dr Mahathir berkata bon itu akan digunakan untuk melunaskan beberapa pinjaman besar yang diambil kerajaan dahulu.

Dr Mahathir kini dalam hari kedua lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun.

Ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Jepun selepas menjadi perdana menteri Malaysia bagi kali kedua susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei. Lawatan pertama adalah pada Jun manakala yang kedua pula pada Ogos. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia