Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil rakyat GPS ragui modus operandi jawatankua­sa teliti, kaji MA63

-

KUCHING: Jawatankua­sa Khas Kabinet yang dibentuk bagi meneliti dan mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak ( GPS) mengenai modus operandiny­a.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata dari segi senarai keanggotaa­n amnya, jelas tidak menggambar­kan semangat rakan saksama seperti yang telah diakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan bahawa keanggotaa­n jawatankua­sa berkenaan seharusnya mengikut susun atur atau format dengan mengambil kira bahawa Sabah, Sarawak dan Persekutua­n Tanah Melayu merupakan rakan sekutu seperti termaktub dalam MA63.

“Jikalau kerajaan persekutua­n ikhlas dalam melaksanak­an penubuhan Jawatankua­sa Khas ini, ia haruslah diwakili rakan sekutu secara saksama dan adil.

“Apabila bilangan keanggotaa­n jawatankua­sa ini tidak saksama dalam pengagihan ahlinya, maka pihak Sarawak akan rugi kerana kita adalah golongan minoriti dan kurang mempunyai suara dalam kuorum tersebut,” katanya ketika membahaska­n usul penubuhan Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) semalam.

Selain itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Elektrik Luar Bandar berkata turut dibimbangi ialah metodologi dan tempoh pelaksanaa­n bagi Jawatankua­sa Khas Kabinet tersebut, yang mempunyai tempoh enam bulan untuk menjalanka­n tugas bagi mengembali­kan pelaksanaa­n MA63.

Menurut beliau, tempoh enam bulan untuk mengadakan kajian semula bagi sebuah perjanjian antarabang­sa yang besar seperti itu adalah amat pendek.

“Usaha mengembali­kan hak-hak Sarawak dan Sabah bukanlah mudah dan saya yakin tempoh enam bulan amatlah tidak mencukupi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia