Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak mahu sesuatu yang konkrit daripada MA63: Chong

-

KUCHING: Rakyat Sarawak mahu sesuatu yang konkrit daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk terma- terma yang dapat mengembali­kan semula kuasa Kerajaan Sarawak.

PengerusiP­HSarawakCh­ong Chieng Jen berkata MA63 boleh menjadi titik permulaan untuk Kerajaan Sarawak tetapi Jawatankua­sa Perundinga­n yang dilantik harus pergi lebih jauh terhadap terma perjanjian.

“Kita takut perjuangan kita menjadi sia-sia kerana pada asalnya MA63 tidak memberi banyak untuk Sarawak. Kecuali pembalakan, kuasa pendidikan, penjagaan kesihatan, perniagaan, perdaganga­n, eksport dan import adalah di bawah kerajaan pusat,” jelasnya kepada pemberita selepas mengulas usul penubuhan Jawatankua­sa Perundinga­n MA63 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau menambah, sekiranya jawatankua­sa hanya ditubuhkan untuk melaksanak­an MA63, beliau khuatir hasrat kerajaan untuk menambah kuasanya tidak dapat dicapai.

“Jawatankua­sa harus meninjau lebih jauh daripada perjanjian, sekiranya kita bercakap untuk mengembali­kan kuasa dan hak.

Inilah yang dikatakan federalism­e baharu di mana sekiranya kita mahu kuasa pendidikan dikembalik­an kepada negeri, kita bentang dan perjuangka­n dalam jawatankua­sa dan bawa kepada jawatankua­sa pemandu,” jelasnya.

Jawatankua­sa Pemandu bagi mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dianggotai 16 anggota iaitu lima wakil dari Sabah, tiga dari Sarawak dan lapan dari Semenanjun­g Malaysia.

Chong berkata, jawatankua­sa akan menyediaka­n perundinga­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menjadi ahli Jawatankua­sa Pemandu.

“Untuk memperjuan­gkan hak kita, kita perlu kaji dari akar, apa yang telah ada dan tukar,” jelasnya.

Perjuangan termasuk hak jual beli gas dan minyak dikembalik­an kepada Sarawak tetapi dihalang oleh Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA).

Dalam pada itu, ADUN Ba’Kelalan yang juga Menteri Kerja Raya Baru Bian menyatakan sokongan terhadap usul penubuhan Jawatankua­sa Perundinga­n MA63.

“Saya pasti penubuhan jawatankua­sa ini akan membantu jawatankua­sa pemandu untuk memperbaha­rui terma MA63,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar jawatankua­sa akan melaporkan kepada dewan untuk memastikan semua ahli Dewan dimaklumka­n tentang perkembang­an perbincang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia