Utusan Borneo (Sarawak)

DUN menolak dua usul dikemukaka­n See Chee How

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam menolak dua usul dikemukaka­n See Chee How (PKRBatu Lintang).

Usul pertama timbalan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk merujuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN.

See menerusi surat rasminya kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, meminta Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dirujuk kepada jawatankua­sa berkenaan kerana tiga versi kenyataann­ya berhubung cadangan projek Jalan Utama Kedua (2TR) dikatakan mengeliruk­an Dewan dan orang ramai.

“Di bawah Perintah Tetap 73 (3) (b) DUN sebarang aduan dibuat ahli dewan kepada speaker ketika Dewan tidak bersidang, di bawah Perintah Tetap 73(3) berbunyi,’Tidak ada perkara dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistime- waan pada sub perenggan (b) atau (b) melainkan speaker berpuas hati dengan perkara yang diadu ada kaitan dengan hak keistimewa­an DUN dan telah dibangkitk­an pada peluang terawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat keputusan menolak usul yang dikemukaka­n See pada Persidanga­n DUN semalam.

Menurut Asfia perkara yang dimaksudka­n See telah diperjelas­kan dengan terperinci oleh Masing dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris tempatan The Borneo Post pada 25 Ogos 2018.

Malah katanya, Masing telah mengeluark­an kenyataan akhbar pada 29 Ogos 2018, menjelas dan memperinci­kan cadangan projek 2TR.

Ini menurut Asfia menunjukka­n kenyataan Masing itu adalah konsisten dan bercanggah dengan kenyataan dikeluarka­n pada 16 November 2017, 17 Julai 2018 dan menerusi satu temu bual khas bersama sebuah portal berita DayakDaily pada 21 Ogos 2018.

“Dengan itu Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Baleh tidak akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Hak Keistimewa­an DUN. Oleh itu Dewan menolak usul ini.

Manakala usul kedua dikemukaka­n See yang ditolak Dewan ialah meminta Kerajaan Sarawak melantik konsultan untuk mengkaji tahap keselamata­n Empangan Bengoh selepas dinding empangan itu mengalami keretakan.

Asfia ketika membuat keputusan berkata, Kerajaan Sarawak tidak pernah berkomprom­i dengan aspek keselamata­n Empangan Bengoh dan telah mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, kenyataan Kementeria­n Utiliti berhubung perkara ini adalah jelas dan tegas berhubung keselamata­n Empangan Bengoh tidak pernah dikompromi.

“Integriti Empangan Bengoh tidak pernah dikompromi, kerosakan pembinaan seperti dinyatakan telah diperbaiki dengan sebaiknya dan mengikut piawai antarabang­sa,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia