Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Indonesia cedera ditetak gara-gara cemburu

-

DALAT: Gara- gara cemburu, seorang lelaki warga Indonesia cedera di kepala selepas dipercayai ditetak rakan senegara menggunaka­n sebilah parang di sebuah kuarters pekerja ladang dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman berkata, kejadian itu disedari selepas pengurus ladang dimaklumka­n oleh pihak pengurusan sumber manusia pada jam 7 pagi.

“Mangsa berumur 62 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat ditetak menggunaka­n senjata tajam oleh seorang lelaki iaitu rakan senegarany­a,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

“Mangsa telah menerima 30 jahitan di bahagian kepala serta mengalami keretakan di tempurung kepala namun dia enggan dibedah.

“Bagaimanap­un keadaan mangsa dilaporkan semakin stabil dan baik,” jelasnya lanjut.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati empat lelaki warganegar­a Indonesia dipercayai telah melarikan diri selepas dipercayai terbabit dalam jenayah tersebut.

Katanya, motif utama kejadian itu berlaku dipercayai kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan bekas isteri salah seorang suspek terbabit.

Roslan menambah, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Dalat sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam kes tersebut.

Beliau juga meminta seorang saksi kes dikenali sebagai Manai Rahim, 38, untuk tampil ke balai polis IPD Julau untuk membantu siasatan kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah.

 ??  ?? SAKSI KES: Manai diminta tampil ke Balai Polis IPD Julau untuk membantu siasatan kes.
SAKSI KES: Manai diminta tampil ke Balai Polis IPD Julau untuk membantu siasatan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia