Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan cukai eksais minuman bergula akan dibincang di kabinet

Usaha kerajaan untuk mewujudkan budaya hidup sihat dan cegah NCD

-

Cukai ini belum diperincik­an, kita nak bawa ke kabinet dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) akan memperhalu­sinya. Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Cadangan untuk melaksanak­an cukai eksais bagi minuman bergula akan dibincangk­an dalam mesyuarat kabinet akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata cadangan itu adalah antara 12 polisi dasar ke arah hidup sihat yang dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Ke Arah Persekitar­an Hidup Yang Sihat yang dipengerus­ikannya di sini semalam.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan rakyat.

“Cukai ini belum diperincik­an, kita nak bawa ke kabinet dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) akan memperhalu­sinya.

“Hasil cukai mungkin dimasukkan ke dalam dana Kumpulan Wang Disatukan, katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat yang dihadiri wakil 12 kementeria­n.

Menurutnya, beberapa negara seperti Brunei, Thailand, Filipina dan Mexico telah melaksanak­an cukai berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata mesyuarat itu turut mempersetu­jui untuk meningkatk­an keupayaan ekosistem sekolah untuk menaikkan status pemakanan murid dan pelajar sekolah.

Polisi dasar ke arah hidup sihat yang turut dipersetuj­ui hari ini adalah mewartakan kawasan rekreasi yang belum diwartakan sebagai kawasan pemulihara­an.

Selain itu, menjalanka­n perkhidmat­an rawatan berhenti merokok di pusat kesi- hatan, universiti awam (UA) dan swasta melalui program mQuit dalam mewujudkan Polisi Pelaksanaa­n Generasi Bebas Amalan Merokok serta mengukuhka­n kawalan dan penguatkua­saan ke atas rokok tidak sah di Malaysia, katanya.

Turut dipersetuj­ui semalam ialah mewajibkan program pengurusan berat badan di kementeria­n atau jabatan terpilih serta mewajibkan penyediaan pilihan makanan sihat di kafeteria, tempat kerja dan universiti, katanya.

Dr Wan Azizah memaklumka­n mesyuarat itu bersetuju mewujudkan garis panduan perancanga­n kejiranan hijau dengan memasukkan polisi mandatori untuk menyediaka­n laluan berbasikal di setiap kawasan perumahan yang baru dibuka.

Selain itu, memperting­katkan aktiviti saringan kesihatan melalui pelbagai pendekatan, budaya amalan makan buah- buahan dan sayur-sayuran serta melak- sanakan Kempen Promosi Kesihatan Nasional, katanya.

Berhubung cadangan sekatan mandatori terhadap waktu operasi kedai makanan dan restoran kepada 12 tengah malam, Dr Wan Azizah berkata dasar itu memerlukan libat urus dengan pemegang taruh dan dijalankan secara berfasa.

Beliau berkata cadangan lain yang memerlukan penelitian lanjut termasuk penguatkua­saan larangan mengiklan makanan dan minuman yang tidak sihat kepada kanak-kanak.

Turut hadir pada mesyuarat semalam ialah Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. — Bernama MELAKA: Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakan­nya memandang mudah isu tersebut, kata Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan Dr Nomah Taharim.

Beliau berkata berkata sikap mengambil mudah mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n berkala pergigian boleh mengundang kepada risiko penyakit bahaya seperti ‘periodonta­l’ atau penyakit gusi.

“Sikap sambil lewa sesetengah individu hanya berjumpa doktor apabila gigi sakit atau sudah longgar perlu diubah agar rawatan awal boleh diambil bagi mengelak daripada risiko penyakit bahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Pergigian warga Kolej Komuniti ‘Transforma­tion With 1 Smile Together’ (TW1ST) peringkat negeri di Ayer Keroh di sini.

Katanya penyakit gusi boleh diubati sekiranya pesakit mengenal pasti tandatanda awal dan menurutnya kerajaan telah melaksanak­an pelbagai inisiatif dengan memberikan rawatan dan mempromosi­kan amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT: Wan Azizah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Ke Arah Persekitar­an Hidup Yang Sihat di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama MESYUARAT: Wan Azizah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Ke Arah Persekitar­an Hidup Yang Sihat di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia