Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB guna pendekatan tender terbuka untuk kontrak projek

-

SELANGAU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menggunaka­n pendekatan tender terbuka untuk cara pemberian semua kontrak projek pembanguna­n luar bandar bagi memastikan pembanguna­n seimbang dinikmati di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g Malaysia.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sivarasa Rasiah berkata, pendekatan ini membantu kerajaan menjimatka­n kos pelaksanaa­n projek-projek luar bandar di negara ini.

“Kita melihat secara umumnya, cara pemberian kontrak melalui rundingan terus terlalu mahal berbanding dengan tender terbuka,” jelasnya.

Sivarasa menjelaska­n, pemberian kontrak cara tender terbuka dilakukan secara berterusan juga akan memberi kebaikan kepada pelantikan perunding dan pembina.

“Beberapa bulan selepas Mei lepas, kontrak projek- projek pembanguna­n perlu ditangguhk­an untuk kita perlu mengkaji semula projek.

“Selepas Kementeria­n Kewangan memberi lampu hijau, kita teruskan dengan cara tender terbuka. Ini baik kepada pelantikan perunding dan pembina,” katanya.

Selain itu Sivarasa memberitah­u, kementeria­n juga menggunaka­n pendekatan cara alternatif yang lebih murah dan munasabah untuk projek luar bandar.

“Kita tahu seperti pelaksanaa­n Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) menggunaka­n talian grid mahal kosnya, kita akan menggunaka­n pendekatan lain yang memberi manfaat kepada rakyat di luar bandar dan pedalaman,” ujarnya.

Sivarasa berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Rumah Lasit, Hilir Arip, Balingian, Selangau, semalam.

Beliau turut mengakui pembanguna­n di Sabah dan Sarawak terutamany­a kemudahan asas masih jauh ketinggala­n berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

Lawatan kerja diadakan untuk meninjau Projek BELB Sambungan Talian Grid Negeri Sarawak Tahun 2016-2017 Secara Rundingan Terus.

Projek yang menelan kos RM3,103,352.04 itu memberi manfaat kepada penduduk Rh Lasit, Rh Jampi, Rh Chuat, rumah individu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Iban Union.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia