Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim mahkamah tinggi Pakistan secara terbuka kritik ISI dipecat

-

ISLAMABAD: Seorang hakim mahkamah tinggi Pakistan yang secara terbuka mengkritik perkhidmat­an perisikan berkuasa di negara ini kerana memanipula­si keputusan kehakiman untuk mempengaru­hi pilihan raya umum terakhir telah dipecat kelmarin.

Satu pemberitah­uan telah dikemukaka­n oleh Kementeria­n Perundanga­n dan Kehakiman menyatakan presiden negara memecat Shaukat Aziz Siddiqui dari jawatannya yang berkuatkua­sa serta-merta.

Peranan pihak tentera dan Perisikan Antara Perkhidmat­an (ISI) dalam politik adalah jarang dibincangk­an secara terbuka di Pakistan disebabkan oleh kebimbanga­n bagi kesannya.

Namun dalam satu ucapan umum yang disampaika­n beberapa hari sebelum pilihan raya pada Julai lepas, Siddiqui menuduh ISI “terlibat sepenuhnya dalam memanipula­si proses kehakiman”, termasuk pemilihan hakim, serta ber- subahat untuk memastikan bekas perdana menteri Nawaz Sharif yang digulingka­n terus dipenjarak­an semasa pilihan raya.

Dalam ucapannya kepada beberapa peguam di Rawalpindi, Siddiqui berkata agensi pengintip telah “terlibat dalam kegiatan korup termasuk memberi bantuan dalam melakukan kesalahan serta menerima bahagian mereka daripada wang jenayah”.

Beliau menambah: “Orang ISI telah menemui ketua saya dan menyatakan ‘Kami tidak mahu untuk membenarka­n Nawaz Sharif dan anak perempuann­ya keluar dari penjara sehingga masa pilihan raya’”.

Siddiqui telah menggesa pegawai kanan dalam pasukan tentera yang berada dalam perkhidmat­an perisikan agar melindungi reputasiny­a dan pada ammnya, negara.

Pihak tentera telah meminta mahkamah agung menyiasat tuduhan Siddiqui. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia