Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas jeneral Bosnia didakwa dengan jenayah perang

-

SARAJEVO: Pendakwa di Bosnia kelmarin mendakwa 17 orang termasuk seorang jeneral bersara Bosnia dengan jenayah perang terhadap ratusan orang, kebanyakan­nya etnik Serb, dalam konflik negara itu pada zaman 1990-an.

Jeneral bersara Atif Dudakovic dan 16 suspek lagi dituduh melakukan “jenayah kemanusiaa­n” termasuk “pembunuhan lebih 300 etnik Serb” selain “penindasan dan layanan buruk ke atas orang awam dan tahanan perang”, pejabat pendakwa Bosnia menyebut dalam satu kenyataan.

Semua suspek merupakan anggota kor kelima tentera Bosnia yang kebanyakan­nya Muslim, diperintah oleh Dudakovic.

Unit itu beroperasi di barat Bosnia, sebuah wilayah yang dikepung sepenuhnya oleh tentera Serb dari Croatia dan Bosnia.

Mangsa etnik Serb “kebanyakan­nya warga emas awam, selain tahanan perang yang menyerah diri atau ditangkap”, tambah kenyataan itu.

Suspek seramai 17 orang itu juga didakwa atas tuduhan memusnahka­n 38 gereja Ortodoks dan sasaran ke- agamaan lain.

Pendakwaan terhadap Dudakovic, sekarang 64, juga merujuk kepada jenayah terhadap Muslim Bosnia di wilayah Bihac dan Cazin, kata pendakwa raya.

Walaupun perang di Bosnia pada 1992-1995 adalah antara tiga masyarakat etnik utama di sana – Croat, Muslim dan Serb – di wilayah ini, Muslim Bosnia juga bertelingk­ah dengan satu sama lain.

Komander tentera Bosnia jarang sekali dibicara bagi jenayah perang.

Dua ketua turus angkatan tentera, Jeneral Rasim Delic dan Sefer Halilovic, dibicara oleh tribunal Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague.

Delic dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh mahkamah antarabang­sa pada 2008 tetapi meninggal dunia ketika menunggu keputusan rayuan. Halilovic dibebaskan pada 2005.

Komander Muslim pada zaman perang di Srebrenica, Naser Oric, sedang dibicara semula atas tuduhan jenayah perang.

Oric dibebaskan pada tahun lepas oleh sebuah mahkamah di Sarajevo daripada tuduhan membunuh tiga tahanan Serb pada permulaan perang tetapi keputusan itu dibatalkan Jun lalu atas sebab prosedur.

Perang Bosnia pada 19921995 meragut kira- kira 100,000 nyawa.

Pihak berkuasa tempatan dibenarkan untuk membicarak­an kes jenayah perang berprofil rendah manakala sebuah tribunal PBB, yang kini sudah ditutup, ditugaskan untuk mendengar kes yang membabitka­n pegawai tertinggi pada waktu perang. — AFP SYDNEY: Mayat seorang wanita peribumi dijumpai polis Australia semalam ekoran laporan tentang serangan buaya di sebuah bahagian terpencil di utara negara.

Polis berkata seorang wanita yang dipercayai seorang renjer Aborigine telah menangkap ikan “sehingga paras pinggang” di sebatang sungai bersama keluargany­a di Arnhem Land yang terpencil dalam negeri Northern Territory ketika dia disambar buaya.

Seorang anggota keluarga menyedari kehilangan­nya, kata mereka, selepas mendengar bunyi air berkocak.

Polis kemudian mengesahka­n sebuah mayat telah dijumpai.

“Mayat wanita itu dan buaya terbabit dijumpai sejurus sebelum jam 5 petang tidak sampai satu kilometer dari tempat kejadian,” Polis Northern Territory menyebut dalam satu kenyataan.

“Buaya itu dibunuh oleh renjer peribumi tempatan dan mayat wanita itu dikeluarka­n.”

Polis berkata ia belum lagi diketahui jenis buaya yang telah menyerang wanita itu.

Australia mempunyai banyak buaya air tawar dan air masin dan buaya air masin membesar sehingga tujuh meter panjang.

Buaya membunuh pada purata dua orang setiap tahun di Australia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia