Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan peruntukan berbilion ringgit memastikan bidang sukan terus berkembang di negeri ini

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Dalam usaha memartabat­kan bidang sukan ke peringkat lebih profesiona­l sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia, kerajaan memperuntu­kkan berbilion ringgit setiap tahun memastikan bidang ini berkembang dan melahirkan ramai atlet sukan berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata kerajaan turut mengubal pelbagai dasar bidang sukan serta menubuhkan badan atau persatuan sukan bagi menjaminka­n kelangsung­an masa depan bidang sukan.

“Melalui usaha ini kerajaan berhasrat melahirkan pelajar aktif dalam bidang sukan dalam nisbah lebih ramai membekalka­n tenaga atlet menghadapi persaingan sukan pelbagai peringkat sama ada negeri ataupun antarabang­sa.

“Perspektif bersukan tidak hanya ditumpukan kepada aktiviti senaman, tetapi lebih menjurus bidang kerjaya mampu memberi sumber pendapatan lumayan jika diceburi serius,” katanya pada Penutupan Kejohanan Olahraga Pembanguna­n Peringkat Majlis Sukan Sekolah- sekolah Bahagian ( MSSB) Sarikei 2018 semalam. BERENTAP: Ding bersama atlet-atlet dan pasukan berentap pada temasya sukan MSSB di Sarikei semalam.

Kejohanan tiga hari berlangsun­g di Kompleks Sukan Sarikei.

Menurut Ding, Sarikei banyak melahirkan atlet berkual- iti dan berjaya melakar nama di peringkat daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Katanya, ia memberi lebih semangat kepada atlet-atlet bergiat dalam bidang ini bersaing menempah nama dan mencapai kegemilang­an bidang sukan mereka ceburi.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei Faustino Frederick Empran berkata kejohanan itu untuk memilih atlet-atlet mewakili Sarikei ke Kejohanan Olahraga Pembanguna­n Peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Sarawak di Bintulu pada 23 hingga 28 Oktober ini.

Dianggarka­n sekitar 60 at- let mewakili Bahagian Sarikei ke kejohanan itu.

“Kita berharap atlet-atlet kita dapat bersaing dan membawa kejuaraan bagi Bahagian Sarikei sebagai pesaing hebat pada kejohanan itu nanti,” katanya.

Seramai 750 atlet dari 13 buah sekolah menengah serta tiga majlis sukan sekolahsek­olah daerah iaitu Sarikei, Meradong dan Julau.

Sehubungan itu, Ding turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM2,000 untuk setiap pasukan bertanding pada kejohanan itu.

Dalam pada itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 muncul juara pada kejohanan itu diikuti naib juara ialah SMK Julau dan ketiga SMK Bandar Bintangor.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Nasaruddin Ibrahim, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Julau, Steven Gadish Nyua, Pengetua SMK Sungai Paoh Sarikei merangkap pengerusi kejohanan, Paul Law Nai. KUALA LUMPUR: Pemain negara, Goh Jin Wei hanya selangkah untuk menuai emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 selepas mara ke final acara badminton perseorang­an wanita di Buenos Aires, Argentina, awal semalam.

Jin Wei, selaku pilihan ketiga, melakarkan kejutan dengan menewaskan pilihan pertama, Phittayapo­rn Chaiwan dari Thailand, 19-21, 21-15, 21-13 pada separuh akhir di Tecnopolis.

Bekas juara remaja dunia itu akan menentang pilihan kedua, Wang Zhiyi dari China untuk menentukan pingat emas pada final hari ini.

Wang Zhiyi melangkah ke pentas final selepas dengan mudah mengatasi wakil Singapura, Jaslyn Hooi, 21-11, 21-10 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, skuad hoki lelaki negara melengkapk­an jadual perlawanan kumpulan dengan mengatasi Poland 4-3 untuk muncul naib juara Kumpulan A.

Dalam perlawanan lain dalam Kumpulan A, Zambia membelasah Vanuatu 17-1 manakala tuan rumah, Argentina, mengekalka­n rekod tanpa kalah dengan menewaskan Mexico 3-0.

Malaysia akan menentang Austria pada peringkat suku akhir hari ini.

Austria menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga di belakang India dan Australia. — Bernama

Perspektif bersukan tidak hanya ditumpukan kepada aktiviti senaman, tetapi lebih menjurus bidang kerjaya mampu memberi sumber pendapatan lumayan jika diceburi serius. Datuk Ding Kuong Hiing Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? LAKUKAN TERBAIK: Pemain golf negara Ben Leong membuat pukulan ketika bersaing dalam pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 di TPC Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAKUKAN TERBAIK: Pemain golf negara Ben Leong membuat pukulan ketika bersaing dalam pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia