Utusan Borneo (Sarawak)

Osaka Gas Company Limited akan terus sokong program pendidikan Asia Tenggara

-

BINTULU: Osaka Gas Company Limited akan meneruskan usahanya memupuk persefaham­an dengan negara-negara di Asia Tenggara dengan menaja serta menyokong program- program pendidikan menerusi Osaka Gas Foundation of Internatio­nal Cultural Exchange (OGFICE) yang ditubuhkan pada 1992.

Pengarah Eksekutif OGFICE Hiroshi Sumitomo berkata, Osaka Gas Company Limited bukan sahaja syarikat pengedar gas asli untuk lebih tujuh juta pelanggann­ya di Jepun melalui penerokaan gas asli cecair (LNG) oleh negara-negara ASEAN, malah menubuhkan OGFICE yang berperanan memupuk persefaham­an dengan negara-negara di Asia Tenggara.

“OGFICE menyokong pendidikan sebagai aktiviti utamanya sekali gus mengkaji peranannya yang dapat membantu menyokong pendidikan di negara terbabit,” ujarnya pada majlis penutupan rasmi program ‘Ready To Read (R2R) English Camp’ anjuran Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasar Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (EPRD MoE), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu di sini semalam.

Turut hadir Ketua Unit Pendidikan Antarabang­sa EPRD MoE Norhayati Uteh.

Hiroshi menyifatka­n penyertaan 74 murid bersama 25 guru dari 25 sekolah rendah di Bintulu dalam program itu akan membantu mereka dalam proses pembelajar­an dan pen- gajaran bahasa Inggeris.

“Selama tiga hari program ini diadakan mungkin ada murid yang letih dan sukar mengguna bahasa Inggeris memandangk­an sebelum ini mereka mengguna bahasa pengantar di sekolah dalam bahasa Melayu, namun pembelajar­an bahasa itu apabila dikuasai dengan baik membawa manfaat besar untuk mereka berkomunik­asi dengan pelbagai orang dari pelbagai negara seluruh dunia,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Sektor Perancanga­n Mikro EPRD mewakili Pengarah EPRD Dr Rosli Ismail berkata, murid-murid yang menyertai program selama tiga itu begitu gembira dan aktif.

Justeru, beliau berharap mereka akan meneruskan usaha untuk bertutur dan menguasai bahasa Inggeris dengan rakan-rakan.

“Aktiviti yang melibatkan guru ini juga bermanfaat dalam usaha untuk menambah baik modul pengajaran bahasa Inggeris yang akan dipraktikk­an dalam bilik kelas di sekolah masing-masing,” katanya.

Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu Muhamad Safwan Abdullah yang mewakili Pegawai PPD Bintulu pula berkata, pihaknya menghargai inisiatif EPRD dengan sokongan Osaka Gas Company Limited yang membantu merealisas­ikan program itu.

“Penyertaan aktif murid dan guru membawa kepada kejayaan program ini dengan harapan pembelajar­an yang diperolehi akan membantu proses pembelajar­an dan pengajaran bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

 ??  ?? TINGKAT ILMU: Hiroshi (tengah) menyampaik­an sijil dan buku bacaan kepada murid sekolah diiringi guru mereka yang menyertai program ‘Ready To Read (R2R) English Camp’ sambil disaksi Dr Rosli dan Safwan (kanan).
TINGKAT ILMU: Hiroshi (tengah) menyampaik­an sijil dan buku bacaan kepada murid sekolah diiringi guru mereka yang menyertai program ‘Ready To Read (R2R) English Camp’ sambil disaksi Dr Rosli dan Safwan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia