Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf jalan sabak Bernam-Hutan Melintang kurangkan kemalangan maut

-

SABAK BERNAM: Jalan Persekutua­n FR5 dari Sabak Bernam ke Hutan Melintang, Perak yang selesai dinaik taraf mampu mengurangk­an kadar kemalangan maut dan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitarnya.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, jalan sepanjang lima kilometer itu, di mana kerja- kerja menaik tarafnya menelan kos kontrak RM164.19 juta mula beroperasi sepenuhnya pada 25 Jun lepas dan laluan itu dilihat memberi keselesaan kepada pengguna selain tidak dikenakan sebarang tol.

“Jajaran lima kilometer ini ( Sabak Bernam- Hutan Melintang) adalah sebahagian daripada projek naik taraf jalan sejauh 50 kilometer iaitu dari Tanjong Karang ke Hutan Melintang.

“Ia diutamakan untuk disiapkan terlebih dahulu kerana ia adalah jajaran jalan yang dilihat sering mendatangk­an bahaya kepada pengguna. Baki jalan itu pula sudah 64 peratus dinaik taraf dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jalan Persekutua­n FR5 di sini semalam.

Baru berkata keadaan muka bumi kawasan itu yang tidak sekata dilihat memberi cabaran kepada kontraktor untuk menaik taraf jalan namun pihaknya berharap projek berkenaan dapat dilaksanak­an dengan baik demi keselesaan pengguna laluan berkenaan.

Lokasi projek menaik taraf Jalan Persekutua­n FR5 bermula dari persimpang­an pekan Sabak Bernam sehingga ke persimpang­an Kampung Banang, merentasi jambatan Sungai Bernam, Hutan Melintang.

Projek yang bermula pada 27 Julai 2015 dan siap sepenuhnya pada 25 Jun lepas itu, meliputi kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong bagi menampung peningkata­n jumlah kenderaan dari Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat.

Antara skop kerja menaik taraf jalan FR5 adalah pembinaan tiga jejantas pejalan kaki dilengkapi laluan motosikal, pemasangan lampu isyarat persimpang­an serta lampu jalan, menyediaka­n bahu jalan selebar tiga meter dengan dua meter diturap dan membina jambatan baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia