Utusan Borneo (Sarawak)

SOPB agih insentif YAA, SAP lebih RM70,000 kepada seramai 258 pelajar

-

MIRI: Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) menyumbang insentif berjumlah lebih RM70,000 kepada 258 pelajar 35 sekolah rendah dan menengah di Sarawak di bawah dua program capaian pendidikan iaitu Anugerah Pencapaian Muda ( YAA) dan Program Pelajar Angkat (SAP) tahun ini.

Sumbangan insentif berjumlah RM70,392.50 itu seiring dengan komitmen tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ‘ Membangun Bersama Masyarakat Setempat’.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM28,800 diterima 178 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) and Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) pada tahun lalu.

Selain wang tunai, mereka juga menerima sijil penghargaa­n.

YAA merupakan program yang memberi inspirasi dan motivasi kepada anak muda untuk mencapai kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Sementara itu, di bawah program SAP, bantuan berjumlah RM37,704.50 diagihkan kepada 80 pelajar daripada keluarga memerlukan.

Mereka merupakan pelajar di sekitar kawasan operasi syarikat di mana mereka menerima beg sekolah dan alat tulis pada majlis penyerahan diadakan di Lambir.

Pasukan Perhubunga­n Awam SOPB telah mengembara ke pelbagai lokasi di Sarawak seperti Sungai Asap, Sebauh, Marudi, Tatau dan Balingian untuk menyerahka­n sumbangan ini sejak bulan lalu.

Majlis penyerahan terakhir diadakan di Akademi SOP Lambir pada 6 Oktober lalu dihadiri pengurusan syarikat, wakil sekolah, ibu bapa dan pelajar.

Head of Sustainabi­lity SOPB Galau Melayong berkata, syarikat tidak hanya memfokus kepada perniagaan kelapa sawit tetapi turut ingin berkembang dengan masyarakat setempat.

Syarikat berusaha membantu masyarakat menerusi inisiatif CSR seperti YAA, SAP, program penjagaan kesihatan ‘ Vision Care’, kempen derma darah dan program pemulihan bersama kanak-kanak istimewa di Pusat Dalam Komuniti (PDK) dengan kerjasama Get Equip’d Australia.

Syarikat menekankan kepentinga­n pendidikan dalam masyarakat moden dan menggalakk­an para pelajar meneruskan impian mencapai masa depan lebih baik.

“Kesusahan itu tidak menjadi halangan bagi pelajar meneruskan pengajian mereka tetapi harus mengatasin­ya untuk mencapai kualiti kehidupan lebih baik untuk diri mereka sendiri dan keluarga,” jelasnya.

Pengurus Kanan Estet Junis Jampang ditemani Pengurus Estet Pannirselv­am Thaganisal­am dan Sumar Sharif menyampaik­an YAA dan SAP untuk pelajar di bahagian Miri iaitu dari SJK (C) Chee Mung, SJK (C) Chin Nam, SK Batu Telinggai, SK Beluru Central, SK Kelapa Sawit No.1, SK Kelapa Sawit No.4, SK Kita Niah, SK Lepong Ajai Bakong, SK Rancangan Sepupok, SK Tegageng Suai, SMK Luar Bandar, SMK Suai dan SMK Subis.

Inisiatif CSR ini menumpukan kepada memotivasi, menggalakk­an dan mempromosi­kan pendidikan di kalangan generasi muda di kawasan luar bandar serta meningkatk­an taraf hidup masyarakat setempat.

YAA dan SAP telah melaku- kan usaha konsisten terutama dalam memberi bantuan kepada anak-anak miskin yang mendorong mereka ke arah peningkata­n akademik.

Program itu memotivasi ramai kanak-kanak di sekitar kawasan estet untuk menjadi pelajar cemerlang dan membimbing ke laluan menghargai pembelajar­an sepanjang hayat.

Dalam pada itu, SOPB dengan kerjasama Tabung Darah Miri akan menganjurk­an Kempen Derma Darah pada Sabtu ini di tingkat satu Permaisuri Imperial City Mall bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang.

Orang awam dijemput menyokong kempen ini yang bertujuan membantu menambah bekalan darah di Tabung Darah Hospital Miri.

 ??  ?? MOTIVASI: Para penerima YAA dan SAP di Miri merakam kenangan bersama para tetamu kehormat.
MOTIVASI: Para penerima YAA dan SAP di Miri merakam kenangan bersama para tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia