Utusan Borneo (Sarawak)

Mantapkan kejayaan dalam pendidikan: Lukanisman

-

MIRI: Tidak semestinya menerima anugerah pada hari ini, kita akan berjaya selama-lamanya, jelas Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

“Kepada pelajar-pelajar, saya menasihatk­an agar bijak menguruska­n kejayaan masing-masing,” jelasnya.

Berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Agama Miri kelmarin, Lukanisman berkata kejayaan bergantung kepada semangat tinggi dan peribadi pelajar.

“Saya sendiri pernah menjadi pelajar yang cemerlang. Saya sendiri pernah menjadi pelajar yang gagal. Tetapi Alhamdulil­lah dengan usaha, rasa tidak putus rasa dan saya yakin bahawa elemen-elemen seperti berusaha, jangan berputus asa, menghormat­i ibu bapa telah diajar guru-guru kita di sekolah,” jelasnya.

Selain itu, pemilihan kerjaya juga penting dalam menentukan kejayaan hidup selepas belajar.

Menurut Lukanisman, budaya kecemerlan­gan akan menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan pelajar.

Kepada ibu bapa, mereka diseru agar sentiasa memberi sokongan padu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta memberi sepenuh keyakinan kepada pengetua dan guru.

Mereka boleh membantu dari segi sumbangan peruntukan, tenaga dan masa kepada sekolah demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak mereka.

“Penglibata­n ibu bapa adalah sangat penting, kita jangan menyerahka­n sepenuhnya kuasa mendidik dan menjaga anak- anak kepada guru,” jelasnya.

Untuk menambah tabung SMKAMi, Lukanisman menyaranka­n agar sekolah aktif menganjurk­an aktiviti dan mendapatka­n tajaan daripada syarikat- syarikat besar di dalam dan luar Miri.

Beliau turut mencadangk­an modul pembanguna­n dan keindahan SMKAMi dijadikan aset pendapatan dengan menawarkan khidmat konsultan kepada sekolah lain.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n sumbangan geran RM30,000 untuk aktiviti sekolah.

Majlis turut menyaksika­n penyampaia­n anugerah kepada 183 pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulu­m.

Amirul Adenan terpilih sebagai penerima Anugerah Ijazah Khas Imam As Syafie yang merupakan anugerah tertinggi sekolah.

Penerima lain adalah Qaedi Fakrullah Merudi (Anugerah Kokurikulu­m), Nurain Ramlee (Anugerah Datuk Ahmad Lai Bujang), Amirul Adenan ( Anugerah Datuk Ahmad Lai Bujang), Nurul Syahirah Ismah Johan (Anugerah Akademik) dan Nur Fadhli Faiz Sufferi ( Anugerah Kepimpinan).

Turut hadir Pengetua Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob dan Yang Dipertua PIBG Marini Juraibi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia