Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta bir terus mendapat bantahan masyarakat Islam

-

MIRI: Penganjura­n Neon Beer Fest iaitu pesta bir terbesar di sini terus mendapat bantahan masyarakat Islam.

Semalam, tujuh pertubuhan Islam tampil membantah penganjura­n aktiviti itu diadakan bermula kelmarin sehingga Ahad di Coco Cabana.

Bantahan adalah dari Persatuan Melayu Miri (PMM), Persatuan Kedayan Miri, Persatuan Jattie Meriek (PJMM), Persatuan Belia Miri, Persatuan Warisan Anak Sarawak ( WARIS), Badan Talbiah Amal Miri ( BATAS) dan PEKIDA Miri.

Pengerusi PMM Radzali Alision berkata, pihak mereka akan menemui Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii dalam tempoh terdekat.

“Kita akan menyerahka­n memorandum kepada beliau (Yii) menyatakan bantahan terhadap penganjura­n pesta bir di sini.

“Bantahan termasuk per- mit MBM membenarka­n penganjura­n tanpa melihat sensitivit­i kepada masyarakat lain,” jelas beliau.

Kelmarin, jawatankua­sa masjid di Lutong dan Piasau Jaya membuat laporan polis untuk menghalang umat Is- lam di sini menghadiri pesta terbabit.

Razali berkata, larangan itu mendapat sokongan tujuh pertubuhan terbabit.

“Kita menyokong tindakan jawatankua­sa masjid melaporkan perkara ini kepada polis melarang masyarakat Islam mengambil bahagian pada pesta bir itu,” katanya.

Setelah protes kelmarin, penganjur meletakkan papan tanda pemberitah­uan tidak membenarka­n pengunjung Islam menghadiri aktiviti mereka.

Menurut Razali, penganjura­n pesta bir harus dikendalik­an secara tertutup bukan di tempat terbuka atau kunjungan umum.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Kedayan Miri Mohd Abdullah, wakil PJMM Sarkawi Hamzah, Pengerusi Persatuan Belia Miri Matassan Rohani, wakil WARIS Halil Taha, wakil BATAS Mustapha Anggot.

 ??  ?? BANTAH: Radzali (tujuh kanan) bersama wakil daripada tujuh pertubuhan Islam di Miri semalam.
BANTAH: Radzali (tujuh kanan) bersama wakil daripada tujuh pertubuhan Islam di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia